Sports

Sze Fei-Nur Izzuddin bergelar juara di China Open

Gambar Victor Malaysia

Pemain badminton beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melakar sejarah tersendiri apabila menjuarai saingan Terbuka China dengan menewaskan pasangan tuan rumah di Changzhou hari ini.

Kejayaan menjuarai kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 1000 itu merupakan pencapaian terbesar dalam kerjaya pasangan negara itu setakat ini, selepas muncul juara Terbuka Jepun bulan lepas, sekaligus menamatkan kemarau 35 tahun.

Pada aksi final, gandingan nombor 12 dunia itu, yang diletakkan sebagai pilihan ketujuh kejohanan, tidak diberi laluan mudah oleh He Ji Ting-Ren Xiang Yu apabila tewas 13-21 di set pertama.

Bagaimanapun, Sze Fei-Nur Izzuddin tidak mengalah apabila bangkit mencatat keputusan 21-12, 21-17 ke atas lawan di ranking ketujuh dunia itu sekali gus menoktahkan kemenangan bersejarah mereka.

Selaku juara Terbuka China, Sze Fei-Nur Izzuddin membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah USD148,000, manakala Ji Ting-Xiang Yu meraih USD70,000.

Kemenangan itu turut membolehkan Sze Fei-Nur Izzuddin muncul beregu lelaki negara kedua mengungguli Terbuka China selepas kali terakhir dilakukan gandingan legenda adik beradik Jalani Sidek-Razif Sidek pada 1989.

PALING POPULAR

To Top