Umum

KBS adakan libat urus TVET Sukan bersama pemegang taruh industri sukan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengorak langkah baharu dengan memperkenalkan TVET Sukan di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).

Sempena Simposium Kemahiran ILKBS 2024 (SKIL’24) yang berlangsung pada 13 November 2024 bertempat di Spacerubix, Puchong, KBS telah mengadakan Sesi Libat Urus TVET Sukan bersama pemegang taruh industri sukan.

Simposium bersama Sesi Libat Urus TVET Sukan ini diadakan bertujuan untuk mengumpulkan maklum balas daripada pemegang taruh yang terdiri dari pihak industri, persatuan sukan dan agensi peneraju untuk memastikan TVET Sukan yang dirancang adalah selaras dengan keperluan industri.

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan yang hadir di Simposium Kemahiran ILKBS 2024 (SKIL’24) menyatakan harapan dengan adanya pengenalan TVET Sukan, kita dapat melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam industri sukan tanah air.

KBS komited untuk memantapkan keupayaan tenaga pengajar ILKBS bagi menyampaikan kursus berasaskan sukan, sekali gus menetapkan hala tuju KBS sebagai salah satu peneraju TVET Sukan di Malaysia.

KBS akan mula melaksanakan program TVET Sukan dalam bidang Pembinaan dan Penyelenggaraan Fasiliti Sukan, Permotoran Sukan (4 roda dan 2 roda) dan Fotografi Sukan.

Dalam masa yang sama, KBS akan mentransformasikan IKBN Kuala Langat kepada Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) pada tahun 2025. Ini akan menjadikan IKSN sebagai pusat utama TVET Sukan sekaligusberperanan sebagai peneraju bidang Teknologi Sukan di Malaysia

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top