Tech

XPPen Perkenal Magic Note Pad, Nota Digital dengan Pad Nota Berwarna 3-dalam-1 Pertama Dunia

XPPen, jenama seni inovasi digital yang terkemuka, mengumumkan Magic Note Pad, pad nota berwarna 3-dalam-1 yang pertama di dunia, mentakrifkan semula pengalaman dan ekosistem tulisan tangan digital. Peranti generasi akan datang ini menampilkan paparan X-Paper 3-dalam-1 yang hebat, X3 Pro Pencil 2 dilengkapi dengan 16,384 tahap tekanan yang utama dalam industri dan aplikasi pengambilan nota pintar XPPen Notes yang disesuaikan. Dikuasakan oleh ekosistem terbuka Android 14, Magic Note Pad memberikan penyelesaian pengambilan nota digital yang serba boleh, cekap dan mesra mata yang disesuaikan untuk ahli profesional perniagaan, pelajar dan pengguna kreatif.

Sebagai perintis dalam pengambilan nota digital generasi seterusnya, Magic Note Pad memanfaatkan teknologi teras EMR untuk menyampaikan prestasi yang tinggi dan pengalaman tulisan tangan yang amat lancar. Ia menampilkan paparan X-Paper 3-dalam-1 pertama dalam industri, bebas daripada batasan skrin e-dakwat monokrom tradisional serta memberikan pengalaman visual yang lebih beraneka dan lebih kelihatan hidup kepada pengguna.

Di samping itu, Magic Note Pad menerima pensijilan TÜV SÜD bagi Paparan Seperti Kertas dan Cahaya Biru Rendah, memastikan perlindungan mata gred profesional sekali gus memberikan pengalaman menulis yang luar biasa. XPPen memanfaatkan kepakarannya dalam integrasi perisian-perkakasan untuk memacu inovasi dalam teknologi tulisan tangan dan mencapai keserasian ekosistem yang lancar untuk aplikasi pengambilan nota, seterusnya mentakrifkan semula penyelesaian pengambilan nota digital generasi seterusnya.

“Magic Note Pad ini memperkenalkan pengalaman pengambilan nota digital yang baharu sepenuhnya untuk pengguna dalam era yang mengutamakan mudah alih. Lebih daripada sekadar pad nota digital, ia merupakan alat produktiviti berkuasa yang direka untuk meningkatkan pemikiran, memperkemas pengambilan nota dan meningkatkan kecekapan dalam ekspresi kerja dan juga kreatif,” kata Amy Yuan, Pengarah Pemasaran di XPPen. “Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, permintaan terhadap aplikasi pengambilan nota mudah alih melonjak naik, dengan pengguna semakin bergantung pada pengambilan nota, pengurusan dokumen dan AI untuk meningkatkan produktiviti dalam kerja dan pembelajaran. Dalam masa yang sama, jangkaan untuk pengalaman menulis pen-pada-skrin yang lancar telah berkembang. Memanfaatkan kepakaran selama 26 tahun dalam teknologi tulisan tangan EMR, kami telah dapat mencapai tulisan tangan yang semula jadi, lancar dan sangat tepat, mengembalikan pengalaman menulis seperti pada kertas sebenar. Didorong oleh falsafah reka bentuk ‘tanpa kertas’ kami, Magic Note Pad menyediakan ekosistem pengambilan nota digital yang terbuka dan sangat serasi serta mentakrifkan semula pengambilan nota dalam era moden.”

Paparan X-Paper 3-dalam-1 Pertama di Dunia, Pengalaman Menulis dan Membaca Seperti Kertas Terunggul

Magic Note Pad menampilkan Paparan X-Paper 3-dalam-1 rintis yang direka untuk mencapai penyesuaian yang lancar dengan senario berbeza menerusi tiga mod warna yang berbeza. Dengan sekali tekan pada kekunci X-Paper, pengguna boleh bertukar dengan mudah antara Mod Kertas Dakwat untuk pengalaman hitam-dan-putih yang klasik. Mod Warna Cerah untuk visual lembut, ketepuan rendah dan Mod Warna Alam Semula Jadi untuk warna terang dan kelihatan hidup. Mempunyai 16.7 juta warna dan teknologi pamer warna, ia benar-benar memulihkan setiap butiran dengan ketepatan yang menakjubkan.

Kadar segar semula 90Hz yang luar biasa memastikan penulisan lancar dengan kependaman minimum, manakala perlindungan mata gred profesional dijamin melalui dwipensijilan TÜV SÜD bagi standard piawaian Cahaya Biru Rendah dan Paparan seperti Kertas. Melengkapkan paparan inovatif ini ialah X3 Pro Pencil 2 yang baru dinaik taraf, menampilkan tahap tekanan 16K yang utama dalam industri, mata pen lembut dan kekunci pintas. Gabungan teknologi EMR dan alat penulisan yang direka dengan teliti memberikan pengalaman seperti kertas tulen yang menetapkan standard baharu untuk pengambilan nota digital.

Meningkatkan Produktiviti dengan Reka Bentuk Pintar dan Ekosistem Terbuka

XPPen Notes, penyelesaian pengambilan nota asli berkuasa yang dibangunkan bersama-sama dengan pembangun aplikasi profesional Jnotes, direka untuk memaksimumkan produktiviti dan kreativiti. Sama ada mengabadikan inspirasi yang diperoleh secara tiba-tiba, mencatat nota kuliah atau melakar idea, setiap ciri direka untuk memperkemas aliran kerja anda. Pengguna Magic Note Pad boleh menikmati keahlian tetap secara percuma, meneroka potensi penuh aplikasi ini untuk pengalaman tanpa gangguan.

Dikuasakan oleh sistem Android 14, pengguna boleh mengakses ekosistem Google Play Store yang luas untuk menyesuaikan ruang kerja ideal mereka dengan memasang aplikasi yang paling sesuai dengan aliran kerja mereka. Direka untuk kemudahalihan dan kecekapan, peranti ultra-nipis ini hanya 7mm nipis dan berat hanya 495g, menjadikannya teman yang sempurna untuk bekerja, belajar dan demi kreativiti semasa dalam perjalanan.

Bagi meningkatkan lagi kecekapan, Magic Note Pad memperkenalkan ciri-ciri pintar yang dipacu produktiviti seperti penulisan segera dengan satu ketukan stilus dan leret tiga jari untuk tangkapan skrin pantas, membolehkan pengguna menangkap dan mengatur idea pada kelajuan sepantas kilat. Dengan butang pen terapung yang intuitif, sokongan paparan berbilang tetingkap dan integrasi aplikasi yang lancar, ia memastikan pengalaman pengguna yang pintar, terbuka dan lancar, seterusnya memperkasakan anda untuk bekerja, mencipta dan berinovasi dengan kecekapan profesional.

Magic Note Pad menyaksikan satu langkah ke hadapan yang ketara dalam revolusi tanpa kertas, menggabungkan inovasi digital dengan lancar bersama pengalaman menulis semula jadi. Kejayaan ini menggariskan pendekatan berpandangan jauh XPPen untuk membangunkan alatan digital bersepadu, semua-dalam-satu dan dalam masa yang sama mencerminkan komitmen mendalamnya terhadap pengalaman pengguna.

Memandang ke hadapan, XPPen akan terus memacu inovasi teknologi, memperbaharui penyelesaian penciptaan digital demi memenuhi keperluan pengguna yang semakin berkembang dan dan menginspirasikan lagi kreativiti.

Harga dan ketersediaan

Alami Magic Note Pad di XPPen eStore dengan harga $439.99. Kunjungi xp-pen.com untuk menemui spesifikasi penuh dan meneroka potensi kreatif anda

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top