Business

Model Kalkulator Baharu Dilancarkan tatkala Casio Sambut Ulang Tahun ke-60

Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pada hari ini keluaran model kalkulator kenang-kenangan MS-20UC-J yang menampilkan corak tradisional Jepun dan Comfy JT-200T bagi meraikan ulang tahun ke-60 kalkulator Casio.

MS-20UC-J/Comfy JT-200T
MS-20UC-J/Comfy JT-200T

Tahun ini menyaksikan 60 tahun sejak penciptaan kalkulator atas meja elektronik Casio yang pertama, 001 pada tahun 1965. Model perintis ini merupakan kalkulator pertama di dunia yang dilengkapi dengan dail storan malar tujuh-digit dan fungsi ingatan, lalu mencetuskan permintaan yang ketara daripada pengguna perniagaan.

Siri MS-20UC-J baharu ini adalah berdasarkan model MS-20UC mesra pengguna, yang amat sesuai untuk kegunaan harian, dengan setiap reka bentuk memaparkan corak tradisional Jepun yang dihargai di Jepun sejak zaman dahulu kala:

  • MS-20UC-JRD (Merah Asanoha)
  • MS-20UC-JBU (Biru Seigaiha)
  • MS-20UC-JWE (Putih Takekago)

Ketiga-tiga corak ini sudahpun dikenali di Jepun selama berabad-abad lamanya dan kesemuanya dianggap sebagai tanda tuah.

Dalam masa yang sama, Casio memperkenalkan kalkulator reka bentuk Comfy JT-200T yang menampilkan reka bentuk yang lebih ringkas dengan panel solar yang diletakkan secara strategik untuk kebolehkendalian yang sangat baik dan dibuat dengan bahan mesra alam yang tahan calar yang boleh dilihat, seterusnya menyokong penggunaan jangka panjang.

Comfy JT-200T dibangunkan dengan memeriksa semula dan menyusun semula dengan teliti elemen penting yang diperlukan dalam kalkulator tatkala ulang tahun ke-60 kalkulator Casio semakin hampir. Ia menampilkan ciri-ciri berikut bagi menyokong penggunaan jangka panjang dan akan dijual secara berterusan, bukan sebagai edisi ulang tahun terhad:

Ketika ini, kalkulator Casio tersedia di lebih 100 negara, dengan jumlah penghantaran dari semasa ke semasa kini melebihi 1.8 bilion unit. SejakĀ Jun 2023, Casio telah beralih kepada pembungkusan kertas, lalu mengurangkan penggunaan plastik sebanyak kira-kira 81% dan memupuk amalan kitar semula di seluruh dunia.

Bagi meraikan ulang tahun ke-60 kalkulator atas meja elektronik Casio yang pertama, 001, sebuah laman web khas telahpun dilancarkan dengan tema, “Berharaplah pada kalkulator Casio, kini dan selama-lamanya.” Sepanjang tahun ini, Casio bukan sahaja akan terus melancarkan produk baharu, bahkan turut membangunkan inisiatif yang memberi peluang kepada pelanggan untuk mengalaminya.

Produk ini tidak tersedia di sesetengah negara.

PALING POPULAR

Copyright Ā© 2021

To Top