KUALA LUMPUR, – Malaysia Muslim Festival 2025 bakal berlangsung dari 7 hingga 10 Ogos 2025 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), yang dahulunya dikenali sebagai Putra World Trade Centre (PWTC)
Acara ini bertujuan untuk meraikan warisan budaya Islam serta pencapaian kontemporari komuniti Muslim di Malaysia dan serantau.
Dianjurkan oleh Jawatankuasa Penganjur Malaysia Muslim Festival 2025 dan disokong oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan beberapa agensi lain, festival ini menampilkan pelbagai program menarik termasuk Pesta Buku Islam, pengalaman kulinari, kesihatan dan kecantikan berasaskan prinsip Islam, pertunjukan fesyen patuh syariah, serta pameran perniagaan dan perkhidmatan halal.
Pesta Buku Islam: Mempersembahkan pelbagai bahan bacaan dan pendidikan Islam.
Makanan & Minuman: Menampilkan tradisi kulinari.
Kesihatan & Kecantikan: Pendekatan kesejahteraan yang selaras dengan prinsip Islam.
Fesyen & Hijab: Kecantikan dan kepelbagaian fesyen patuh syariah.
Perdagangan & Perkhidmatan: Mempersembahkan produk dan perkhidmatan halal.
Pentasan Utama:
Pentasan Utama akan menyajikan persembahan dinamik, ceramah ilmiah, dan sesi interaktif yang menampilkan pelbagai aspek kehidupan masyarakat Islam.
Festival ini dirancang untuk menggalakkan penyertaan komuniti, membuka peluang ekonomi, dan menyediakan platform inklusif untuk mempersembahkan tradisi Islam. Para pengunjung boleh menjangkakan suasana yang meriah serta penuh dengan kepelbagaian dan kesatuan umat Islam.

Kanan – Ustaz Mus’ab menyampaikan tazkirah ringkas dan memimpin Solat Maghrib di sebuah Majlis Berbuka Puasa di Seri Perdana.
Menurut Ustaz Mus’ab, Penasihat Syariah Malaysia Muslim Festival, konten ilmiah yang telah direncanakan untuk pentasan utama, mengambil kira isu relavant dengan masyrakat dan mengupas perbincangan tersebut dengan menggabungkan pandangan Islam dalam isu-isu kotemporari.
Ruang booth pameran kini dibuka untuk pendaftaran. Untuk maklumat lanjut berkaitan penyertaan dan penajaan, sila layari mymuslimfestival.com.my.
