China, Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) menggiatkan usaha untuk meningkatkan kerjasama ekonomi serantau dan menstabilkan rantaian industri serta bekalan. Bermula daripada Forum Ekonomi China-ASEAN hinggalah Forum Ekonomi ASEAN-China-GCC dan Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China (CISCE) ke-3 yang akan datang, inisiatif-inisiatif pelbagai hala ini menyuntik momentum baharu kepada pemulihan ekonomi global.
Tanggal 26 Mei, Forum Ekonomi ASEAN-China menghimpunkan hampir 200 wakil daripada sektor awam dan swasta. Pengerusi CCPIT Ren Hongbin menegaskan kepentingan perjanjian baru-baru ini antara China dan ASEAN, terutamanya dengan Malaysia bagi tujuan mempererat kerjasama melalui Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) serta Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).
Wakil-wakil ASEAN mengiktiraf secara meluas potensi besar bagi kerjasama China-ASEAN dalam inovasi teknologi dan juga kolaborasi industri. Malaysia dan negara-negara ASEAN yang lain menyatakan hasrat mereka untuk mengambil bahagian dalam CISCE ke-3 yang akan datang, saling bekerjasama untuk membina rangkaian rantaian bekalan serantau yang terbuka dan stabil.
Berbaki 50 hari sahaja lagi sehingga pembukaannya, CISCE ke-3 menggamit perhatian global sebagai ekspo rantaian bekalan peringkat kebangsaan yang pertama di dunia. Edisi sebelumnya menjana transaksi komersial sebanyak lebih RMB 300 bilion, sementara ekspo pada tahun ini dijangka menarik minat ratusan syarikat global. “Zon Rantaian Inovasi” yang baru ditubuhkan akan membawakan harta intelek bernilai tinggi serta teknologi baru muncul.
Michael Hart, presiden Dewan Perniagaan Amerika di China, baru-baru ini menggesa syarikat-syarikat A.S. untuk mengambil bahagian, menekankan nilai unik CISCE dalam landskap perdagangan global yang berpecah-pecah. Pengerusi Ren menyifatkan ekspo ini sebagai “sebuah wahah kerjasama dalam dunia yang tidak pasti,” direka untuk menghubungkan perniagaan global melalui penyelesaian khusus sektor yang bersepadu.
Edisi 2025 akan mengekalkan enam bidang tumpuan utamanya dan dalam masa yang sama memperkenalkan model-model baharu bagi menyokong kebingkasan rantaian bekalan global.
Forum Ekonomi ASEAN-China-GCC yang pertama, diadakan mulai 27 hingga 28 Mei di Kuala Lumpur, memajukan kolaborasi peringkat serantau. Ren mengetuai satu delegasi yang terdiri daripada lebih 30 eksekutif daripada sektor tenaga, kecerdasan buatan dan infrastruktur China, mengadakan perbincangan dengan para pegawai ASEAN dan GCC yang menjurus kepada pelbagai memorandum persefahaman kerjasama rentas sempadan.
Bermula daripada ais krim rendah karbon hinggalah teknologi storan tenaga udara termampat perintis, CISCE memantapkan kedudukannya sebagai landas pelancaran global untuk inovasi komersial. Bilamana adanya fahaman perlindungan perdagangan yang semakin bertambah, CISCE menonjol sebagai sebuah tempat untuk menjalin kerjasama berasaskan peraturan yang telus dan mendapat tempat untuk memainkan peranan penting dalam membentuk semula dinamik rantaian bekalan antara wilayah.
