Tech

Hisense Perkenal M2 Pro, Projektor Mini Laser 4K Paling Kecil, Paling Ringan, Paling Mudah Alih Seumpamanya

Hisense, jenama yang terkemuka bagi barangan elektronik pengguna dan peralatan rumah bertaraf global, mengumumkan penambahan terbaru kepada barisan TV Lasernya, Projektor Mini Laser M2 Pro. Peranti berkuasa hebat ini menerobos sempadan penayangan kompak, memberikan pengalaman sinematik 4K yang imersif di mana-mana sahaja dan dikuasakan oleh teknologi inovatif yang tidak pernah dilihat dalam faktor bentuk mudah alih sedemikian.

Projektor Mini Laser Hisense M2 Pro menonjolkan anjakan paradigma bagi pawagam rumah mudah alih. Dengan mengecilkan dan menyempurnakan teknologi laser dan AI termaju dengan jayanya, Hisense dapat mencipta projektor laser paling kecil, paling ringan dan paling mudah alih setakat ini yang menawarkan peranti yang berkuasa, serba boleh dan amat mesra pengguna yang memberikan pengalaman skrin besar premium dalam setiap rinci kehidupan yang dilalui.

Teknologi Generasi Seterusnya Dikecilkan

Elemen paling utama bagi M2 Pro ialah teknologi Kejelasan 4K AI (AI 4K Clarity) termaju, satu set algoritma sofistikated yang berfungsi secara harmoni bagi menyampaikan imej asli. Ini termasuk Penambah Skala 4K AI (AI 4K Upscaler) berkuasa yang mentransformasikan secara pintar kandungan dengan resolusi lebih rendah menjadi perincian 4K yang menakjubkan, ciri Pengurangan Hingar AI (AI Noise Reduction) bagi memastikan gambar yang bersih dan jelas, serta Penambah Skala HDR AI (AI HDR Upscaler) yang mengoptimumkan kontras dan sorotan dengan teliti demi pengalaman menonton yang lebih dinamik. Menerusi 2.07 juta mikrocermin yang dikuasakan oleh sistem DLP yang persis, M2 Pro menayangkan visual 4K yang terperinci sehingga 200 inci yang luas, memastikan ketepatan yang amat jelas hingga ke setiap piksel.

Teknologi Laser Warna Tetiga Tulen (Pure Triple Color Laser) Hisense, ciri khas produk TV Laser yang premium daripada Hisense, menggunakan laser berwarna merah, hijau dan biru diskret bagi menghasilkan gamut warna yang sangat luas, mempersembahkan imej dengan warna-warna terang yang tiada tandingan dan ketepatan tampak hidup. Pengecilan enjin laser teras yang berjaya ini merupakan kunci kepada saiz kompak dan ringan M2 Pro yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lalu menjadikan penayangan laser 4K yang sebenar benar-benar bersifat mudah alih buat julung kalinya dalam sejarah Hisense.

Pengimejan Termaju dan Kebolehsesuaian Lancar

Lonjakan teknologi yang besar bagi penayangan mudah alih, M2 Pro membawakan Zum Optik dengan nisbah lontaran 1.0–1.3. Ketakjuban kejuruteraan ini membolehkan pengguna melaraskan saiz dan jarak imej dengan tepat sekali gus mengekalkan ketajaman 4K penuh—satu kelebihan yang amat penting yang membezakannya daripada penyelesaian zum digital sahaja yang selalunya menurunkan kualiti imej. Inovasi optik ini, digabungkan dengan kebolehsesuaian skrin 65-inci hingga 200-inci yang mengagumkan dapat memastikan pengalaman menonton yang lancar dan berkualiti tinggi hampir di mana-mana persekitaran, sama ada di dalam kawasan tertutup atau di luar rumah.

Persediaan Mudah dan Audio Imersif

Kemudahan penggunaan merupakan ciri yang paling utama untuk reka bentuk M2 Pro yang dikuasakan oleh automasi canggih. Hisense mengintegrasikan ciri-ciri termaju bagi menjadikan persediaan begitu mudah: pembetulan batu kunci auto yang lancar dan fokus auto memastikan imej sentiasa tajam dan sejajar dengan sempurna, lalu menghapuskan pemulasan manual. Di samping itu, pemadanan warna dinding 7-tersuai pintar melaraskan secara automatik warna-warna yang ditayangkan bagi mengimbangi rona permukaan tayangan, lantas dapat menjamin warna-warna yang terang dan tepat walaupun apabila ditayangkan terus pada dinding bukan putih – satu ciri rintis demi penayangan yang benar-benar boleh disesuaikan.

Selain daripada visual, M2 Pro memberikan pengalaman audio imersif menerusi teknologi Dolby Audio & DTS Virtual:X terbina dalam, lalu memberikan bunyi ruangan yang lantang tanpa memerlukan pembesar suara luar. Dikuasakan oleh VIDAA Smart OS yang intuitif dan popular, pengguna boleh menstrim terus daripada platform-platform utama termasuk Netflix, YouTube dan Disney+, kesemuanya dikemudi dengan senang sekali menggunakan alat kawalan jauh suara yang sesuai. Kemasukan Dolby Vision dan berbilang format HDR memastikan selanjutnya perincian bernuansa daripada bayang-bayang kepada sorotan yang amat sesuai untuk filem dan juga permainan.

M2 Pro Hisense menjadi bukti usaha Hisense yang tidak henti-henti dalam mengejar inovasi, merangkum kemuncak ciri kemudahalihan tanpa menjejaskan pengalaman skrin besar yang menakjubkan. Projektor revolusioner ini memulakan era baharu pawagam rumah dengan mengupayakan visual 4K yang luas daripada peranti yang direkayasa bagi tujuan fleksibiliti dan kemudahan penggunaan terunggul.

Projektor Mini Laser M2 Pro Hisense akan tersedia tidak lama lagi di pasaran-pasaran utama di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, Jerman, Australia, antara lain. Tarikh keluaran, harga dan ketersediaan akan ditentukan oleh pasaran-pasaran tempatan dalam beberapa minggu akan datang, maka silalah nantikannya.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top