Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL) terus mencipta pencapaian dalam penjagaan kardiovaskular dengan kejayaan pelaksanaan prosedur transcatheter device occlusion bagi menutup patent ductus arteriosus (PDA) pada seorang pesakit dewasa yang mengalami penyakit jantung kongenital. Ini merupakan prosedur pertama seumpamanya yang dilakukan di Makmal Kardiologi Intervensi (ICL) hospital tersebut.
Pesakit pada awalnya dirujuk untuk menjalani pembedahan jantung terbuka bagi ligasi PDA dan penutupan ventricular septal defect (VSD). Namun selepas penilaian menyeluruh oleh pasukan multidisiplin kardiologi PHKL, imbasan transoesophageal echocardiogram (TOE) menunjukkan bahawa VSD yang dikesan adalah kecil dan tidak memerlukan pembedahan segera. Ini membuka ruang kepada rawatan alternatif yang lebih selamat dan tidak invasif — melalui kaedah kateter.
Menurut Dr Siti Laura, Pakar Bedah Kardiotorasik Pediatrik di PHKL, kejayaan prosedur ini membuktikan kekuatan pendekatan multidisiplin dan berfokuskan pesakit.
“Dengan memilih prosedur minimally invasive untuk menutup PDA, pesakit tidak perlu melalui pembedahan besar. Ini bermakna tempoh pemulihan lebih cepat, kesan parut lebih kecil dan risiko komplikasi juga berkurang,” jelas beliau.
Kejayaan ini menyerlahkan keupayaan PHKL dalam menangani kes-kes penyakit jantung kongenital pada orang dewasa — satu cabang rawatan kardiologi yang semakin berkembang namun masih kurang diberi perhatian.
“Kebolehan kami untuk melaksanakan prosedur sebegini adalah hasil pelaburan berterusan dalam teknologi rawatan jantung terkini serta komitmen terhadap penjagaan pesakit secara menyeluruh,” tambah Dr Siti Laura. “Kami akan terus memantau keadaan pesakit — khususnya berkaitan VSD — bagi memastikan rawatan jangka panjang yang terbaik.”
Dengan pencapaian ini, PHKL mengukuhkan kedudukannya sebagai pusat rujukan tertiari dan pusat kecemerlangan yang sedang berkembang dalam pengurusan penyakit jantung kongenital dewasa di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai Perkhidmatan Kardiotorasik Pediatrik dan Kongenital di PHKL, sila layari: pantai.com.my/kuala-lumpur/congenital-cardiothoracic.
