Entertainment

BCL Bakal Hadirkan Malam ‘Cinta’ Penuh Magis September Ini

Penghibur popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), bakal kembali mengubat rindu peminat Malaysia menerusi konsert eksklusif BCL: Eternal Love – Timeless Romance pada 27 September 2025, bertempat di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Konsert ini dianjurkan oleh Pulse Project Asia, menampilkan pengalaman persembahan intim dengan untaian lagu cinta ikonik BCL seperti Cinta Sejati, Cinta Pertama (Sunny), Karena Ku Cinta Kau dan single terbaharu, Memulai Kembali.

Menurut pihak penganjur, konsert ini akan membawa peminat menyelusuri perjalanan seni BCL yang penuh emosi, dibalut penceritaan cinta serta produksi pentas bertaraf dunia.

“Kami ingin peminat rasai kehangatan karya-karya cinta BCL dalam suasana eksklusif. Malaysia sentiasa ‘rumah kedua’ buat BCL,” kata Muhammad Anuar Zaini, wakil Pulse Project Asia.


🎟️ Tiket & Tawaran Eksklusif

Tiket dijual bermula RM288, dengan harga pre-sale serendah RM259 pada 6 Jun lalu di Ticket2U. Lebih menarik, 300 pembeli terawal berpeluang menyaksikan sesi Soundcheck Eksklusif BCL secara langsung.

Peminat yang inginkan layanan VIP boleh memilih Pakej Cinta Abadi, menggantikan tiket VVIP, yang menawarkan Meet & Greet peribadi, sesi bergambar dan barangan istimewa bertandatangan BCL.

Pulse Project Asia turut mengingatkan peminat agar membeli tiket hanya melalui Ticket2U untuk menjamin kesahihan tempat duduk dan akses pengalaman eksklusif.


📅 Tarikh: 27 September 2025
📍 Lokasi: Plenary Hall, KLCC
🎟️ Tiket: www.ticket2u.com.my

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top