Umum

Robot AI Bakal ‘Beraksi’ di Genting? Ini Yang Sedang Dirancang

Robot AI Bakal ‘Beraksi’ di Genting? Ini Yang Sedang Dirancang

GENTING HIGHLANDS – Bayangkan satu hari nanti, robot yang sambut anda di hotel… atau muncul dalam persembahan pentas secara live di Genting.

Bunyi macam filem sci-fi, tapi ini antara perkara yang sedang dirancang oleh Genting Malaysia Berhad melalui kerjasama terbaharu dengan AGIBOT Innovation, sebuah syarikat teknologi robotik dari Shanghai.

Robot Bukan Sekadar Gimik

Kerjasama ini memberi fokus kepada penggunaan robot kecerdasan buatan (AI) dalam tiga bidang utama:

  • Taman tema
  • Hotel & hospitaliti
  • Hiburan pentas

Ini termasuk pembangunan robot humanoid yang boleh berinteraksi dengan pengunjung, membantu khidmat pelanggan, malah menjadi sebahagian daripada persembahan secara langsung.

Dari Layan Tetamu ke Pentas Hiburan

Apa yang menarik, robot ini bukan sekadar “hiasan teknologi”. Ia direka untuk meningkatkan pengalaman pengunjung — daripada menyambut tetamu sehinggalah membantu operasi harian di resort.

Malah, satu Persembahan Gala Robotik dijangka akan dipentaskan di Resorts World Genting seawal tahun 2027, menawarkan pengalaman hiburan yang lebih interaktif dan imersif.

Masa Depan Hiburan Dah Makin Dekat?

Dengan perkembangan teknologi AI yang semakin pesat, langkah ini dilihat sebagai usaha membawa pengalaman pelancongan ke tahap yang lebih moden.

Namun persoalannya — adakah pengunjung akan teruja, atau rasa pelik apabila robot mula memainkan peranan dalam pengalaman harian di resort?

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top