Malaysia bakal menjadi tumpuan komuniti acara perniagaan serantau apabila EventXpo 2025, pasaran acara perniagaan utama negara, kembali berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Dengan tema “Business Events Build Nations”, edisi kali ini dijangka menjadi yang paling dinamik setakat ini, menghimpunkan pemimpin industri, inovator dan penggiat acara di bawah satu bumbung.
Dianjurkan oleh Persatuan Penganjur dan Pembekal Konvensyen & Pameran Malaysia (MACEOS), EventXpo 2025 bakal menampilkan lebih daripada 90 syarikat pempamer, dua pavilion negeri, serta penyertaan pempamer dari Korea, Indonesia, Thailand, India dan Singapura. Pelbagai penyelesaian inovatif akan dipersembahkan — daripada teknologi terkini, alatan penglibatan digital, amalan lestari, hinggalah perkhidmatan venue yang mesra alam.
Idea Bertukar Tindakan
Pengerusi Bersama Penganjur, Eric Ho, berkata penyertaan yang kukuh pada tahun ini membuktikan keyakinan industri terhadap EventXpo.
“EventXpo ialah medan bertemunya idea dan tindakan. Di sinilah kerjasama lahir untuk membantu peserta menganjurkan acara bertaraf dunia.”
Pengunjung juga berpeluang menimba ilmu dan bertukar pandangan melalui pelbagai sesi di EventXpo 2025 Knowledge Theatre. Topik yang bakal dibincangkan termasuk keselamatan siber, keterangkuman, kelestarian, masa depan eSukan, pengurusan risiko acara langsung, dan teknologi pengalaman peserta.
Pengerusi Bersama Penganjur, Yusno Yunos, menambah,
“Knowledge Theatre, Better World Corner dan aktiviti rangkaian kami direka untuk mencetuskan idea baharu, berkongsi amalan terbaik, dan membekalkan strategi yang boleh terus digunakan peserta.”
Acara Perniagaan Bertemu Tujuan
Turut berlangsung seiring EventXpo ialah Kind Malaysia 2025, platform unik yang menghubungkan syarikat korporat dengan NGO dan organisasi masyarakat sivil. Inisiatif ini membuka peluang untuk mewujudkan kerjasama bermakna demi kesejahteraan komuniti.
Presiden MACEOS, Datuk Dr M Gandhi, berkata,
“EventXpo 2025 bersama Kind Malaysia 2025 membuktikan bahawa acara perniagaan bukan sekadar menjana pertumbuhan ekonomi, malah memberi impak positif kepada komuniti. Inilah titik temu inovasi dan tanggungjawab sosial.”
Antara tarikan utama ialah Better World Corner di Kiosk 4, Dewan 4. Di sini, pengunjung boleh berinteraksi dengan NGO, yayasan dan perusahaan sosial melalui sesi perkongsian inspirasi berkaitan kesihatan, tindakan kemanusiaan, kesihatan mental, keterangkuman, kelestarian alam sekitar dan teknologi untuk kebaikan.
Memperkukuh Malaysia Sebagai Hab Acara Bertaraf Dunia
Advisor EventXpo, Francis Teo, menegaskan visi MACEOS untuk memacu industri acara perniagaan Malaysia ke tahap seterusnya.
“Platform ini diwujudkan untuk memajukan ekosistem acara perniagaan — memacu inovasi, membina rangkaian bermakna, dan menjadikan Malaysia destinasi pilihan acara bertaraf antarabangsa.”
Sebagai salah satu usaha mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) serantau, EventXpo 2025 menzahirkan semangat industri untuk terus berdaya saing, berinovasi dan memberi impak positif kepada negara.
Sorotan Utama:
- Lebih 90 pempamer & 2 pavilion negeri
- Penyertaan pempamer serantau & antarabangsa
- Sesi ilmu mendalam di Knowledge Theatre
- Peluang kerjasama komuniti melalui Kind Malaysia 2025
- Aktiviti inspirasi di Better World Corner
📅 Tarikh: 7 – 9 Ogos 2025
📍 Lokasi: Dewan 4, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
Untuk maklumat lanjut, layari Laman Rasmi EventXpo.
NH Online akan membawakan laporan terkini terus dari lokasi apabila EventXpo 2025 membuka tirainya Ogos ini.
