Umum

Tak Cukup Korum Lagi! Mesyuarat Majlis Peguam Terpaksa Bubar

Mesyuarat agung luar biasa Majlis Peguam Malaysia hari ini terpaksa dibatalkan… lagi! Puncanya? Tak cukup korum — hanya 304 peguam yang hadir, sedangkan sekurang-kurangnya 500 diperlukan.

Presiden Majlis Peguam, Mohamad Ezri Abdul Wahab, nyata kecewa.
“Kami dah belanja duit untuk anjurkan mesyuarat ni… tapi tak cukup orang datang,” katanya dalam sidang media di Menara Matrade.

Mesyuarat ini sebenarnya penting — tiga usul utama dijadualkan untuk dibahas. Antaranya, usul mengenai kebebasan badan kehakiman serta satu lagi untuk mendesak Perdana Menteri bertanggungjawab atas isu keyakinan awam terhadap institusi kehakiman.

Usul ketiga pula cadangkan gaji minimum lebih adil untuk pelatih dalam kamar. Menurut Ezri, usul ini dijangka tarik lebih ramai peguam muda — tapi tetap tak cukup korum.

Antara yang hadir termasuk bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.

Insiden ini bukan yang pertama. Tahun lepas pun mesyuarat agung tahunan Majlis Peguam turut terbatal atas sebab sama. Peguam dan aktivis Siti Kasim pernah menyelar sikap sambil lewa segelintir peguam walaupun lebih 9,000 ahli berdaftar hanya di Kuala Lumpur.

Secara keseluruhan, Majlis Peguam kini mempunyai lebih 24,000 ahli di Semenanjung Malaysia.


PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top