Business

HDC Perkukuh Jaringan Perniagaan Halal Melalui Program HBL 2025 Siri 2

Halal Development Corporation Berhad (HDC) meneruskan komitmennya dalam memacu pertumbuhan industri halal tempatan menerusi penganjuran Halal Business Linkage (HBL) 2025 Siri 2: LLCs/MNCs – SME Partnership Program, yang berlangsung di Royale Chulan Hotel, Damansara.

Bertemakan “Linking Business, Unlocking Potential”, acara ini menghimpunkan pemain industri halal utama — termasuk Syarikat Tempatan Besar (LLC), Syarikat Multinasional (MNC), dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) — dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik dan membuka peluang perniagaan baharu.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Encik Hairol Ariffein Sahari, yang menekankan kepentingan kolaborasi rentas sektor dalam memperkasakan ekosistem halal negara. Turut menyampaikan ucapan ialah Pengerusi HDC, YBhg Datuk Azhari Shaari, yang berkongsi wawasan dan pengalaman dalam memajukan industri ini ke peringkat global.

Tidak sekadar sesi jaringan biasa, program ini menyediakan platform praktikal yang menghubungkan PMKS tempatan secara langsung dengan pembeli daripada LLC dan MNC yang sedang mencari produk dan perkhidmatan halal. Ramai daripada syarikat pembeli merupakan peserta berulang, membuktikan keberkesanan dan nilai jangka panjang program ini.

Antara syarikat yang terlibat dalam sesi hari ini termasuk:

  • Lotus’s Malaysia
  • MYDIN Malaysia
  • The Store Malaysia
  • Segi Fresh
  • emart24
  • Uniti Asia Link Sdn Bhd (ASEAN Mall)
  • Mamee Monster
  • Oriental Kopi 华阳
  • PJ Grocer Sdn Bhd
  • GT Mart
  • KK SUPER MART
  • Global Brand Synergy Sdn Bhd
  • Dagangasia Network Holding Sdn. Bhd

Program HBL ini merupakan inisiatif berterusan HDC untuk memastikan kelangsungan dan daya saing PMKS halal, seiring dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai hab halal global.

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top