Business

Hilton Malaysia Perkenal Koleksi Mooncake “Lunar Radiance” Sempena Perayaan Pertengahan Musim Luruh

Menyambut semangat harmoni dan penyatuan keluarga sempena Festival Pertengahan Musim Luruh, Hilton Hotels di seluruh Malaysia mempersembahkan koleksi mooncake edisi terhad mereka untuk tahun ini: “Lunar Radiance”.

Dihasilkan dengan sentuhan elegan oleh pasukan kulinari Hilton, koleksi ini menampilkan empat perisa klasik mooncake dalam kotak hadiah eksklusif yang diinspirasikan oleh keindahan langit malam dan elemen florals yang mewah – digayakan dalam tona biru diraja dan fuchsia yang memukau.

Perisa Pilihan, Reka Bentuk Eksklusif

Setiap kotak (RM168 nett) mengandungi empat biji mooncake bakar tradisional dengan perisa berikut:

  • Pes Teratai Putih
  • Pes Teratai Kuning Tunggal
  • Pes Pandan Kuning Tunggal
  • Pes Kacang Merah dengan Hirisan Badam

Selain sesuai untuk dihidangkan bersama keluarga, koleksi ini juga menjadi hadiah yang penuh makna untuk rakan niaga dan insan tersayang.

Tawaran Istimewa & Lokasi Jualan

Pelanggan boleh menikmati diskaun 15% bagi pembelian awal dari 1 hingga 31 Ogos 2025, dan 10% dari 1 September hingga 6 Oktober 2025.

Mooncake Lunar Radiance boleh didapati di sembilan hotel Hilton di Malaysia:

Lembah Klang:

  • Hilton Kuala Lumpur
  • Hilton Petaling Jaya
  • DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur
  • DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City

Luar Lembah Klang:

  • Hilton Kuching
  • Hilton Kota Kinabalu
  • DoubleTree by Hilton Melaka
  • DoubleTree by Hilton Johor Bahru
  • DoubleTree Resort by Hilton Penang

Untuk maklumat lanjut atau membuat pra-tempahan, layari EatDrinkHilton.com.

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top