Business

Brahim’s Dewina Group Menang Anugerah ‘Best Food for Outdoors & Travel’ di Tourism Industry Awards 2025

Kumpulan Brahim’s Dewina sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila menerima pengiktirafan Best Food for Outdoors & Travel di Tourism Industry Awards 2025. Anugerah ini disampaikan oleh Malaysia International Tourism Development (MiTDA) pada 9 Ogos di Sunway Resort Hotel.

Pengerusi Eksekutif Brahim’s Dewina, Dato’ Seri Ibrahim Hj Ahmad, menerima anugerah tersebut daripada YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor. Turut hadir menyaksikan penyampaian anugerah ialah Dato’ Emmy Suraya Hussein, Pengerusi Penganjur Tourism Industry Awards 2025, dan YB Dato’ Ng Suee Lim, EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor.

Pengiktirafan ini menjadi bukti komitmen Brahim’s Dewina dalam menyediakan hidangan berkualiti tinggi, praktikal dan lazat untuk pengembara serta peminat aktiviti luar, di mana sahaja mereka berada.

Acara malam itu turut meraikan 117 penerima anugerah daripada pelbagai kategori, memperlihatkan keunggulan Malaysia dalam sektor pelancongan dan hospitaliti, sambil menonjolkan warisan, budaya dan pencapaian moden negara di mata dunia.

Dato’ Seri Ibrahim berkata, kejayaan ini tidak mungkin dicapai tanpa sokongan padu pelanggan, rakan niaga dan seluruh warga kerja Brahim’s Dewina.

“Kami akan terus berusaha memastikan produk makanan Brahim’s membawa rasa Malaysia ke seluruh dunia,” katanya.

Ketua-ketua jabatan Brahim’s Dewina turut hadir memeriahkan sambutan malam penuh berprestij itu.

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top