Business

4 daripada 5 Pengguna di APAC Ambil Makanan Tambahan, Tetapi Ramai Kurang Yakin Pilih Produk yang Tepat – Kajian Herbalife

– Herbalife, syarikat komuniti kesihatan dan kesejahteraan terkemuka, mendedahkan hasil Tinjauan Penambahan Makanan Bertanggungjawab Asia Pasifik 2025 yang menunjukkan 80% pengguna di rantau Asia Pasifik (APAC) mengambil makanan tambahan secara tetap. Namun, hanya separuh (50%) yang berasa yakin dengan pilihan mereka.

Kajian melibatkan 9,000 responden dari 11 negara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Jepun dan Australia ini mendapati, ramai pengguna masih kurang pengetahuan tentang pemilihan suplemen yang betul, termasuk kandungan, kualiti, dos, interaksi dengan ubat lain, dan risiko pengambilan berlebihan.

“Terdapat jurang pengetahuan ketara tentang cara memilih makanan tambahan dengan betul. Namun, berita baiknya ialah kebanyakan pengguna masih merujuk kepada sumber maklumat yang dipercayai. Herbalife komited membantu mereka membuat pilihan berdasarkan sains dan fakta,” kata Thomas Harms, Pengarah Urusan Asia Pasifik Herbalife.

Penemuan Utama Kajian:

  • 80% pengguna APAC mengambil makanan tambahan secara tetap.
  • Hanya 50% yakin dengan pilihan suplemen mereka.
  • Sumber maklumat utama: profesional kesihatan (61%), keluarga & rakan (41%), penyelidikan bebas (30%).
  • Generasi Z paling yakin (58%) dan berpengetahuan, manakala Baby Boomers paling kurang yakin (42%).
  • Ramai tidak sedar risiko pengambilan berlebihan vitamin C, kalsium, dan vitamin D.
  • Faktor utama pembelian: keselamatan & keberkesanan produk (49%), saranan profesional kesihatan (43%), pensijilan kualiti (38%).

Kesihatan Pencegahan Jadi Fokus

92% responden percaya bahawa kesihatan pencegahan adalah kunci kesejahteraan, dengan langkah utama termasuk:

  1. Memilih makanan lebih sihat (55%)
  2. Mengambil makanan tambahan (54%)
  3. Meningkatkan aktiviti fizikal (46%)

Namun, kurang daripada separuh (46%) optimis mencapai matlamat kesihatan mereka.

Harms menambah, ketelusan jenama, pensijilan pihak ketiga, dan penyumberan berkualiti adalah kriteria penting dalam memilih makanan tambahan.

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top