Gaya Hidup

BOLON Eyewear SS25: Berani, Bergaya & Bold Like You

 

Musim bunga/panas 2025 hadir dengan semangat baharu — kali ini melalui lensa fesyen. BOLON Eyewear melancarkan koleksi terbarunya, Sight Unstoppable, diinspirasikan daripada rentak kota dunia dan keperibadian mereka yang berani menonjolkan diri.

Daripada Tokyo yang elektrik ke Marrakech yang berwarna-warni, setiap bingkai mencerminkan roh bandar yang berbeza. Ada gaya yang tenang, ada yang playful, ada juga yang sinematik — sesuai untuk mereka yang mahu ekspresi fesyen lebih daripada sekadar aksesori.

“Setiap bingkai dalam koleksi ini mencerminkan jiwa bandar,” kata Thomas Blanloeil, Pengurus Jualan Serantau APAC & MEA. “Kami mahu orang ramai menyatakan siapa mereka — dengan berani, bergaya, dan bold.”

Dari Amalfi ke Kyoto — Sebuah Pasport Bergaya

Lebih 50 rekaan baharu dipersembahkan merentasi rangkaian cermin mata hitam dan optik. Palet warna dan siluet diambil terus daripada destinasi ikonik seperti Amalfi, Dubai, Petra, Zermatt dan Kyoto.

Siluetnya berani, kontur bersih, dan kontras sinematik — tidak berlebihan, cuma reka bentuk yang tinggi nilai fesyennya tapi mudah digayakan harian. Reka bentuk juga diolah agar serasi dengan wajah Asia moden, menjadikan ia bukan sekadar fesyen global, tetapi mesra tempatan.

Lebih Daripada Fesyen

Koleksi SS25 bukan hanya tentang gaya, tetapi cara kita melihat dunia. Ia seolah mengajak pemakai untuk menjadikan fesyen sebagai kenyataan diri: berani, yakin dan unapologetic.

Kini boleh didapati di rangkaian A-Look serta kedai terpilih di Malaysia, koleksi Sight Unstoppable adalah jemputan untuk tampil lebih berani.

📸 Ikuti @boloneyewear.my di Instagram untuk lihat penuh koleksi.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top