Umum

Mayat Lelaki Ditemui Dalam Kereta di Stesen Minyak Sungai Petani

Gambar Facebook

SUNGAI PETANI – Mayat seorang lelaki berusia 51 tahun ditemui dalam sebuah kereta yang diletakkan di stesen minyak Bandar Perdana, Sungai Petani, semalam.

Ketua Polis Kuala Muda, Hanyan Ramlan, berkata hasil semakan rakaman CCTV mendapati kereta jenis Perodua Myvi itu diletakkan di kawasan berkenaan sejak jam 3 pagi, Rabu lalu.

Lelaki terbabit ditemui orang awam kira-kira jam 3 petang Jumaat dalam keadaan tidak bergerak dan sudah berbau.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah. Lelaki itu berasal dari Bukit Choras, Pendang dan mempunyai rekod penyakit,” katanya.

Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat lanjut.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top