Tular di media sosial dakwaan rakyat Malaysia dinafikan masuk ke Eropah selepas transit di India. Namun, menurut notis rasmi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, perkara sebenar adalah pemeriksaan tambahan (Passenger Profiling Procedures) oleh pihak berkuasa Eropah — bukan sekatan khusus terhadap rakyat Malaysia.
Dalam kenyataan itu, Suruhanjaya Tinggi menjelaskan bahawa rakyat Malaysia yang ke Eropah melalui India akan disaring dengan lebih ketat sebelum menaiki penerbangan sambungan. Malah, jumlah warganegara yang memerlukan bantuan konsular untuk pulang akibat gagal mematuhi syarat ini semakin meningkat.
Apa yang perlu disediakan oleh rakyat Malaysia?
Suruhanjaya Tinggi menasihatkan agar semua pengembara memastikan:
- Pasport, visa dan tiket penerbangan pergi-balik sah dan lengkap.
- Dokumen sokongan seperti tempahan penginapan, itinerari perjalanan dan bukti kewangan mencukupi.
- Semakan awal dengan syarikat penerbangan atau pejabat perwakilan Eropah di Malaysia untuk syarat terkini.
- Peruntukan masa mencukupi kerana pemeriksaan tambahan boleh mengambil masa lebih lama.
Elak panik, tapi bersedia
Walaupun ada kes rakyat Malaysia terkandas, ia berpunca daripada ketidaklengkapan dokumen dan bukannya “larangan total”. Justeru, pengembara disaran lebih berwaspada agar terhindar daripada kerugian kewangan dan kelewatan perjalanan.
Untuk bantuan konsular
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi boleh dihubungi melalui:
📞 General Line: +91-11 2415 9300
📞 Duty Officer: +91-85955 50564 (4.30 PM – 8.00 AM)
🔗 Facebook Malawakil New Delhi
