Umum

SSM Tawar Pengurangan Kompaun Sehingga 95% Hingga 30 September 2025

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengumumkan tawaran pengurangan kompaun sehingga 95% serta pengurangan fi e-Advertisement SSM kepada Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) yang layak sehingga 30 September 2025.

Inisiatif ini bertujuan memperkukuh ekosistem perniagaan negara dan meningkatkan pematuhan korporat di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) 2012.

Syarat utama tawaran termasuk:

  • Tiada keperluan untuk urusan kemas kini rekod tahunan;
  • Pengurangan 95% ke atas kompaun yang dikenakan;
  • Fi e-Advertisement SSM dikurangkan daripada RM500 kepada RM100 bagi setiap pengumuman jika pemohon mahu iklan diterbitkan melalui platform tersebut;
  • Surat rasmi daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang menyatakan tiada bantahan terhadap pembubaran PLT;
  • Notis kepada semua pekongsi seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 50 Akta PLT 2012.

Menurut SSM, tawaran ini memberi peluang kepada PLT yang sudah tidak lagi beroperasi untuk menamatkan perniagaan secara sah dengan kos lebih rendah dan prosedur lebih mudah.

Langkah ini juga selari dengan usaha kerajaan di bawah kerangka Malaysia MADANI untuk meringankan beban syarikat kecil dan sederhana selain menggalakkan pengukuhan tadbir urus korporat.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman rasmi www.ssm.com.my atau talian 03-7721 4000.


 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top