Umum

MoT benar RV dilesen komersial mula 2026

Gambar Hiasan

Kementerian Pengangkutan (MoT) mengumumkan kebenaran bagi kenderaan rekreasi (RV) untuk digunakan secara komersial bermula 1 Januari 2026, sebagai langkah menyokong perkembangan segmen pelancongan berasaskan RV di Malaysia.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, dasar baharu ini akan membolehkan RV beroperasi sebagai:

  • Kenderaan Sewa dan Pandu Pelancongan (KSPP) di Semenanjung Malaysia
  • Kereta Sewa Pandu (KSP) di Sabah, Sarawak, dan Labuan

Syarat kelayakan RV komersial:

  • Terhad kepada kenderaan baharu (Completely Knocked Down – CKD atau Completely Built-Up – CBU) bermula 1 Jan 2026
  • RV persendirian yang berdaftar sebelum 31 Dis 2025 boleh dikomersialkan sekiranya:
    • Berusia tidak melebihi 15 tahun
    • Lulus pemeriksaan teknikal oleh JPJ

Loke berkata, MoT dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) turut meneliti pelaksanaan permohonan lesen RV melalui sistem ‘single window’ untuk memudahkan urusan pengendali.

“Mulai 1 Jan 2026, mana-mana RV baharu yang ingin disewakan hanya perlu mendapatkan satu permit daripada Motac bagi aktiviti pelancongan, memandangkan sektor ini bukan di bawah bidang kuasa MoT,” jelasnya.

Beliau menegaskan pelesenan ini penting bagi memastikan operasi RV dikawal selia dengan baik, menjamin keselamatan pengguna serta melindungi kepentingan penyewa.


 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top