Umum

Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Jatuh ke Lubang Kumbahan di Sekolah

Seorang murid lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan tidak bertutup di sebuah sekolah di sini pagi tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Seri Alzafny Ahmad, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 pagi ketika program kejohanan sukan olahraga sedang berlangsung.

Mangsa dikeluarkan pasukan bomba sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. Bedah siasat akan dijalankan di Hospital Rembau bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Beliau menegaskan, siasatan awal mendapati kejadian berlaku akibat kemalangan dan tiada unsur jenayah. Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top