Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan satu gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.3 telah berlaku di Mindanao, Filipina pada jam 7:03 pagi, 17 Oktober 2025.
Menurut kenyataan MetMalaysia di laman Facebook rasminya, gempa bumi itu berpusat di koordinat 9.8° Utara dan 126.2° Timur, iaitu kira-kira 76 kilometer timur dari Surigao City, Filipina, pada kedalaman 52 kilometer.
MetMalaysia mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian tersebut.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini gempa bumi semasa, orang ramai boleh melayari portal rasmi mygempa.met.gov.my atau mengikuti saluran media sosial MetMalaysia.
