Tech

Hollyland Perkenal Lyra 4K UHD Webcam: Kualiti Studio Dalam Genggaman Pengguna

Hollyland, peneraju penyelesaian audio-visual profesional, kini memperkenalkan Lyra 4K UHD Webcam, sebuah kamera web generasi baharu yang menggabungkan teknologi pengimejan profesional dengan kemudahan penggunaan harian. Dihadirkan pada harga mampu milik, Lyra menandakan lonjakan baharu dalam pasaran webcam pengguna.

Prestasi Pengimejan Seakan Kamera Tanpa Cermin

Lyra tampil dengan penderia CMOS besar 1/1.5”, aperture F1.8, serta rakaman 4K30 dan 1080p60 — menghasilkan warna lebih hidup, kejelasan lebih tinggi dan kemampuan low-light yang jauh mengatasi webcam tipikal.

Audio Tanpa Wayar Terbina Dalam

Peranti ini turut dilengkapi penerima mikrofon LARK A1 terbina dalam, bersama mikrofon omnidiarah 48 kHz/24-bit serta AI noise reduction, memastikan suara jelas dan bebas gangguan—sesuai untuk penstriman, kuliah, mesyuarat maya dan rakaman kandungan.

Automasi AI Untuk Kreativiti Lebih Mudah

Antara ciri pintar yang ditawarkan:

  • Auto-brightness, auto-contrast & auto-exposure
  • Penjejakan AI + auto-framing
  • Algoritma green screen terbina dalam
  • Mod kecantikan pilihan
  • Penutup kanta fizikal untuk privasi segera

Melalui perisian HollyStudio, pengguna boleh menala tetapan dengan lebih profesional.

Dibina Untuk Kreator, Pendidik, Pekerja Jarak Jauh & Pemain

Lyra direka sebagai peranti pelbagai kegunaan — daripada mesyuarat Zoom hingga sesi live streaming. Keupayaan latensi rendah, imej stabil dan audio kelas premium menjadikannya salah satu pilihan terbaik dalam kategori harga ini.

Harga & Ketersediaan

Lyra 4K UHD Webcam kini dijual secara global bermula 11 November, melalui Hollyland Store, Amazon dan peruncit berdaftar. Harga bermula daripada USD149.


 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top