Umum

Kanak-Kanak Rusia Maut Akibat Sengatan Ubur-Ubur di Langkawi

Gambar Hiasan

Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia meninggal dunia selepas beberapa hari menerima rawatan akibat disengat ubur-ubur ketika mandi di Pantai Chenang, Sabtu lalu.

Mangsa, Vladimir Lakubanets, 2 tahun, disahkan meninggal dunia pada 9.46 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Menurut laporan media, bapanya, Nikita Lakubanets, berkata kejadian berlaku sekitar 7.30 pagi ketika mereka sekeluarga sedang berjalan-jalan dan membiarkan anak mereka bermain di pantai.

“Tiba-tiba anak kami menjerit dan menangis. Isteri saya berlari ke arahnya dan nampak seekor ubur-ubur besar melekat pada kedua-dua belah kakinya,” katanya.

Turut dilaporkan beliau berkata isterinya turut terkena sengatan ketika cuba menanggalkan haiwan itu daripada kaki mangsa. Kanak-kanak berkenaan mengalami kesukaran bernafas, menyebabkan bapanya cuba memberikan bantuan CPR sebelum membawanya ke sebuah klinik berdekatan.

Keadaan Vladimir kemudian bertambah serius dan dia dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah pada keesokan hari untuk rawatan lanjut.

Doktor memaklumkan bahawa mangsa meninggal dunia akibat keracunan toksin sengatan ubur-ubur.

Ibu mangsa, Olga Lakubanets, berkata mereka berharap dapat membawa pulang abu mayat anak mereka pada 26 November, iaitu tarikh keluarga itu sepatutnya pulang ke Rusia.


 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top