Umum

Dapur Brahim’s Kembali dengan “Nostalgia Ramadan” di Randau Rasa Bangi

BANGI, 29 Jan — Dapur Brahim’s kembali memeriahkan bulan Ramadan dengan memperkenalkan “Nostalgia Ramadan”, sebuah pengalaman buffet berbuka puasa yang menampilkan lebih 100 hidangan berinspirasikan citarasa Melayu asli di Randau Rasa, Bangi.

Musim buffet Ramadan ini akan berlangsung dari 21 Februari hingga 18 Mac 2026, menawarkan sajian tradisional yang direka khas untuk menghidupkan semula suasana berbuka puasa bersama keluarga dan insan tersayang.

Antara tarikan utama termasuk hidangan signature Dapur Brahim’s, aneka sajian bakaran, live cooking stations, pelbagai pencuci mulut tempatan serta minuman menyegarkan. Tetamu juga berpeluang menikmati masakan Melayu tradisional seperti kari beraroma dan hidangan panggang yang disediakan secara langsung.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Desatera Sdn Bhd, Dato’ Paduka Feizal Nor Nurbi, konsep Nostalgia Ramadan diinspirasikan daripada nilai kebersamaan yang menjadi teras bulan Ramadan.

“Ramadan adalah masa untuk muhasabah, memperkukuh perpaduan dan kebersamaan. Melalui Nostalgia Ramadan, kami mahu mendekatkan keluarga dan rakan-rakan dengan hidangan yang terasa familiar dan bermakna. Kami berbangga mempersembahkan pengalaman iftar yang menampilkan jiwa masakan Malaysia, disokong oleh layanan mesra dan perhatian terhadap setiap perincian,” katanya.

Buffet Nostalgia Ramadan ditawarkan pada harga RM69.90 bagi dewasa dan RM39.90 bagi kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun, manakala kanak-kanak bawah enam tahun menikmati hidangan secara percuma.

Bagi pelanggan yang membuat tempahan awal, promosi Early Bird ditawarkan pada harga RM59.90 bagi dewasa, dengan kadar istimewa yang sama untuk staf dan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tarikh tempahan promosi ini akan diumumkan kelak.

Dengan komitmen berterusan terhadap keaslian citarasa Melayu dan pengalaman menjamu selera yang bermakna, Dapur Brahim’s menjadikan Nostalgia Ramadan di Randau Rasa, Bangi sebagai antara destinasi pilihan berbuka puasa Ramadan tahun ini.

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top