Umum

Crockfords Kekal Hotel 5-Bintang Forbes Travel Guide untuk Tahun Kelapan Berturut-turut

Crockfords di Resorts World Genting (RWG) sekali lagi mengekalkan reputasinya sebagai simbol hospitaliti mewah bertaraf dunia apabila dianugerahkan penarafan 5-Bintang Forbes Travel Guide bagi tahun kelapan berturut-turut, dari 2019 hingga 2026.

Pengiktirafan berprestij oleh Forbes Travel Guide ini mengukuhkan kedudukan Crockfords sebagai satu-satunya hotel di Malaysia yang menerima penarafan 5-bintang pada tahun ini.

Terletak strategik di Genting Highlands, Crockfords menawarkan pengalaman penginapan eksklusif dengan penekanan terhadap perkhidmatan diperibadikan, ketenangan serta akses mudah ke kemudahan runcit dan hiburan utama di SkyAvenue.

Kejayaan ini turut melengkapkan pencapaian portfolio hotel RWG, apabila Genting Grand mengekalkan status Hotel Mewah 4-Bintang Forbes Travel Guide dan Hotel Highlands terus tersenarai sebagai Hotel Disyorkan Forbes.

Dalam usaha memperhalusi pengalaman penginapan, Crockfords memperkenalkan kategori suite baharu termasuk Prestige Suite – Gym, Premier Suite dan Studio Suite, masing-masing direka dengan kemasan mewah, fungsi moden serta pemandangan pergunungan yang menenangkan.

Bagi melengkapkan tawaran gaya hidup, Eden by Crockfords diperkenalkan sebagai destinasi menjamu selera eksklusif yang dibuka kepada pengunjung hotel dan orang awam, menyajikan pilihan hidangan antarabangsa dan tempatan sepanjang hari.

Menurut Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam RWG, Spencer Lee, pencapaian ini mencerminkan konsistensi serta dedikasi pasukan dalam mengekalkan standard hospitaliti bertaraf dunia.

Dengan komitmen berterusan terhadap kecemerlangan, Crockfords terus mengekalkan kedudukannya sebagai antara hotel mewah paling berprestij di Malaysia.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top