Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 akan diumumkan pada 31 Mac 2026 bermula jam 10.00 pagi, menurut pengumuman rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Seramai 413,299 calon telah menduduki peperiksaan SPM di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Bagi calon sekolah, keputusan boleh diperoleh secara terus di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada hari keputusan diumumkan.
Manakala calon persendirian pula boleh mendapatkan keputusan dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar peperiksaan.
Semakan Secara Online dan SMS
Selain mendapatkan keputusan di sekolah, calon juga boleh membuat semakan melalui dua kaedah berikut:
- Online: https://myresultspm.moe.gov.my
- SMS: Taip SPM NoKP AngkaGiliran dan hantar ke 15888
Perkhidmatan semakan ini boleh digunakan mulai 31 Mac 2026, jam 10.00 pagi sehingga 6 April 2026, jam 6.00 petang.
KPM turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon SPM 2025 atas usaha mereka sepanjang tempoh peperiksaan.
Menurut kementerian itu, keputusan yang diperoleh diharap dapat menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus melakar kejayaan dalam fasa pendidikan seterusnya.
