Umum

Tiada rumah terbuka Aidilfitri agensi kerajaan, GLC dan GLIC tahun ini

 

Semua agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) diarahkan supaya tidak menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri tahun ini.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri Malaysia sebagai langkah berhemah dalam perbelanjaan kerajaan.

Menurut beliau, langkah tersebut diambil sebagai langkah berjaga-jaga susulan konflik di Timur Tengah yang semakin meruncing sejak akhir Februari lalu.

β€œIni memberi satu mesej supaya perbelanjaan lebih cermat dan sederhana,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya.

Anwar berkata, pendekatan berjimat-cermat itu wajar dilaksanakan walaupun bekalan barangan keperluan asas negara masih mencukupi dan keadaan ekonomi berada dalam keadaan terkawal.

β€œAda yang bertanya, apa keperluan untuk berjimat? Ini supaya kita tidak terjebak dengan keadaan yang lebih parah. Lebih baik kita ambil sikap sederhana dan bertanggungjawab,” katanya.

Selain itu, kerajaan turut mengehadkan perjalanan rasmi ke luar negara membabitkan menteri serta pegawai pentadbiran.

Menurutnya, lawatan ke luar negara hanya akan dibenarkan bagi program yang telah dijadualkan lebih awal atau yang benar-benar perlu dihadiri.

PALING POPULAR

Copyright Β© 2021

To Top