Brahim’s Lancar Contest Sempena Hari Ibu, Ajak Rakyat Malaysia Kongsi Masakan Paling Bermakna
Setiap keluarga pasti ada satu masakan yang terus mengingatkan kepada ibu.
Ada yang masih teringat sambal tumis air tangan mak, ada yang tak boleh lupa kari ayam masa kecil, malah ada juga yang mengakui masakan paling simple pun rasa “lain” bila dimasak oleh ibu sendiri.
Sempena sambutan Hari Ibu tahun ini, Brahim’s tampil dengan kempen istimewa menerusi “Cook, Shoot, Share Mother’s Day Contest” yang mengajak rakyat Malaysia berkongsi momen memasak bersama keluarga dan insan tersayang.
Menerusi contest itu, peserta hanya perlu menyediakan hidangan menggunakan produk Brahim’s, merakam momen memasak dan berkongsi penyertaan mereka di kumpulan Facebook rasmi Brahim’s Cook Shoot Share.
Cara Penyertaan
Untuk menyertai contest ini, peserta perlu:
- Memasak menggunakan produk Brahim’s
- Membeli minimum RM30 produk Brahim’s
- Mengambil gambar atau video momen memasak
- Berkongsi penyertaan bersama resit pembelian dalam Facebook Group Brahim’s Cook Shoot Share
- Menggunakan hashtag #Brahims dan #TasteMothersLove
Contest berlangsung bermula 7 Mei hingga 21 Mei 2026.
Pemenang pula berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik yang disediakan oleh Brahim’s.
Raikan Memori Dan Air Tangan Ibu
Menurut Brahim’s, kempen itu bukan sekadar contest biasa tetapi juga usaha meraikan kasih sayang, memori keluarga dan hidangan yang mengeratkan hubungan antara generasi.
Dalam dunia yang semakin sibuk, makanan sering menjadi perkara paling dekat yang mampu mengembalikan kenangan bersama keluarga.
Bagi ramai rakyat Malaysia, air tangan ibu sememangnya mempunyai nilai sentimental yang sukar diganti.
Maklumat lanjut mengenai syarat penyertaan dan hadiah boleh didapati menerusi platform rasmi Brahim’s.
Kalau korang kena pilih satu masakan ibu yang paling tak boleh dilupakan… apa dia?
