Umum

Pameran Bunga Tertinggi di Malaysia Bakal Gegarkan Genting Highlands Jun Ini

Pameran Bunga Tertinggi di Malaysia Bakal Gegarkan Genting Highlands Jun Ini

GENTING HIGHLANDS: Penggemar bunga dan pencinta alam semula jadi bakal disajikan dengan pengalaman unik apabila BUNGA 2026, pameran bunga tertinggi di Malaysia serta festival orkid dan florikultur antarabangsa pertama seumpamanya, berlangsung di Resorts World Awana dari 3 hingga 7 Jun 2026.

Acara selama lima hari ini akan diadakan di Awana Village, T2 Exhibition Hall dan menghimpunkan persatuan orkid, penanam, pakar hibrid serta pengumpul dari seluruh Asia.

Antara negara yang mengambil bahagian termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Taiwan, Indonesia dan Brunei.

Festival Orkid Bertaraf Antarabangsa

Pengunjung berpeluang menyaksikan pameran floral imersif, spesies orkid eksklusif, koleksi hibrid istimewa dan landskap artistik yang menampilkan keindahan serta seni florikultur.

BUNGA 2026 juga menjadi pembuka tirai kepada penganjuran Asia Pacific Orchid Conference (APOC) 2028, yang bakal berlangsung di Resorts World Awana dan meletakkan Malaysia sebagai destinasi penting dalam pelancongan botani serantau.

Lebih Daripada Sekadar Pameran Bunga

Selain pameran utama, pengunjung boleh menikmati pelbagai pengalaman menarik termasuk:

  • Bloom Beyond BUNGA di Eufloria Gardens & Sculpture Park
  • Wild Orchid Explorer bersama Genting Nature Adventures
  • Masterclass orkid
  • Botanical hi-tea
  • Rare Orchid Auction
  • Pengalaman gaya hidup premium di Orchadia

Tiket Bermula RM30

Tiket masuk ditawarkan pada harga RM30, manakala pakej gabungan BUNGA 2026 dan Eufloria berharga RM60.

Warga emas menikmati kadar khas RM20 untuk pembelian walk-in.

Semua tiket turut disertakan dengan RM10 kredit makanan yang boleh ditebus sepanjang festival.

Pakej Hotel Dari RM81 Semalam

Bagi mereka yang ingin menikmati festival ini dengan lebih santai, pakej Bunga Bloomscape Staycation ditawarkan di beberapa hotel terpilih di Resorts World Genting.

Kadar penginapan bermula serendah RM81 semalam di Resorts World Awana, First World Hotel, Genting SkyWorlds Hotel dan Highlands Hotel.

Setiap pakej termasuk dua tiket masuk ke BUNGA 2026 serta pelbagai manfaat tambahan termasuk kredit makanan bagi tetamu tertentu.

Destinasi Wajib Dikunjungi Musim Cuti Sekolah

Dengan gabungan keindahan orkid dari seluruh Asia, pengalaman botani interaktif dan pakej percutian berpatutan, BUNGA 2026 dijangka menjadi antara acara paling menarik untuk dikunjungi pada musim cuti sekolah tahun ini.

Apa pendapat anda? Jika diberi peluang, adakah anda sanggup ke Genting Highlands semata-mata untuk menyaksikan pameran bunga tertinggi di Malaysia?


PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top