Disney Breakfast Besties Pop Up Pertama Di Malaysia Kini Di Genting Highlands
GENTING HIGHLANDS – Resorts World Genting (RWG) kini membawakan pengalaman Disney yang cukup comel dan penuh warna menerusi Disney Breakfast Besties Pop Up pertama di Malaysia.
Berlangsung dari 22 Mei hingga 28 Jun 2026, acara khas ini menggabungkan plushie Disney, budaya sarapan tempatan dan pelbagai aktiviti interaktif keluarga dalam satu pengalaman unik di tanah tinggi Genting Highlands.
Bertempat di Kimhua Atrium, pengunjung boleh menikmati dunia bertemakan sarapan yang dipenuhi dekorasi menarik, permainan interaktif, persembahan hujung minggu, bengkel kreatif dan koleksi eksklusif Disney Breakfast Besties.

SkyAvenue’s Kimhua Atrium telah bertukar menjadi ruang sambutan berinspirasikan Disney
yang penuh kemeriahan sempena penganjuran Disney Breakfast Besties pertama di Malaysia,
menyambut para pengunjung dengan pengalaman yang meriah, interaktif dan menghiburkan
Pengalaman plushie Disney yang interaktif
Antara tarikan utama acara ini ialah Breakfast Hub Plush Experience, di mana pengunjung yang membeli set plushie Disney Breakfast Besties boleh melihat sendiri proses pembungkusan dilakukan secara interaktif oleh “cef” acara tersebut.
Pengalaman itu berlangsung setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan direka untuk menjadikan setiap pembelian terasa seperti pesanan sarapan sebenar dalam dunia Disney.
Selain itu, pengunjung juga boleh menerokai Breakfast Market Pop-Up Store yang menawarkan pelbagai plushie, koleksi eksklusif dan barangan istimewa diinspirasikan daripada hidangan sarapan tempatan kegemaran ramai.
Sudut foto & permainan bertemakan sarapan Disney
Pelbagai sudut bergambar turut disediakan di sekitar atrium termasuk ruang Mickey Kopi dan dekorasi Disney Baked Goods yang dijangka menjadi antara lokasi tumpuan pengunjung.
Pengunjung juga boleh mencuba permainan interaktif seperti “Pau Tac Toe” selain menyertai Passport Journey, sebuah cabaran mini bertemakan sarapan Malaysia.
Antara aktiviti yang ditawarkan termasuk:
- Teh Tarik Toss
- Find Your Kaya Toast
- Make Your Sandwich
Pengunjung yang berjaya melengkapkan cabaran tersebut akan menerima pelekat koleksi eksklusif sebagai sebahagian daripada pengalaman acara.

Pop-up breakfast market yang meriah menampilkan pelbagai barangan, dengan kanak-kanak yang tertarik dan meneroka pelbagai tawaran yang disediakan.
Teh Tarik show & bengkel kreatif hujung minggu
Setiap hujung minggu, suasana di Kimhua Atrium akan lebih meriah menerusi Persembahan Teh Tarik yang diinspirasikan daripada budaya sarapan Malaysia.
Keluarga dan kanak-kanak juga boleh menyertai aktiviti di Art Corner dan Origami Corner yang menawarkan pengalaman kraftangan interaktif dalam suasana santai.
Ahli Genting Rewards yang berbelanja minimum RM100 atau bukan ahli dengan minimum RM150 menerusi maksimum dua resit layak menyertai bengkel tersebut.

Suasana dipenuhi dengan tenaga dan keterujaan kanak-kanak dan para pengunjung menyertai
permainan secara langsung di pelbagai zon permainan interaktif.
Program Spend & Redeem eksklusif
RWG turut menawarkan program Spend & Redeem sepanjang acara berlangsung.
Pengunjung yang berbelanja minimum RM500 bagi ahli Genting Rewards atau RM700 bagi bukan ahli boleh menebus barangan eksklusif bertemakan Disney Breakfast Besties.
Sama ada untuk bergambar, mengumpul plushie eksklusif atau sekadar menikmati suasana ceria bersama keluarga, Disney Breakfast Besties Pop Up menjanjikan pengalaman penuh nostalgia dan keceriaan di Genting Highlands sepanjang musim cuti sekolah ini.
Untuk maklumat lanjut, pengunjung boleh melayari laman rasmi Resorts World Genting.
