Pasport Malaysia Versi Baharu Ditangguh, Ini Yang Rakyat Perlu Tahu
KUALA LUMPUR β Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengumumkan pelaksanaan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang sebelum ini dijadual bermula 1 Jun 2026 ditangguhkan ke satu tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian.
Menerusi kenyataan media dikeluarkan hari ini, JIM memaklumkan keputusan itu dibuat bagi memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan serta pengalaman urusan rakyat berada pada tahap terbaik.
Bagaimanapun, orang ramai tidak perlu panik kerana pasport sedia ada masih sah digunakan seperti biasa sehingga tamat tempoh.
Selain itu, proses pembaharuan pasport juga masih berjalan seperti biasa di semua saluran berkaitan.
Tiada gangguan untuk pemegang pasport sedia ada
Menurut JIM, penangguhan tersebut hanya membabitkan pelaksanaan versi baharu PMA dan tidak menjejaskan penggunaan pasport semasa.
βOrang ramai masih boleh memperbaharui PMA sedia ada seperti biasa dan pasport yang masih berkuat kuasa kekal sah digunakan sehingga tamat tempoh,β menurut kenyataan itu.
JIM turut memaklumkan sebarang perkembangan lanjut berkaitan pelaksanaan pasport versi baharu akan diumumkan menerusi saluran rasmi jabatan dari semasa ke semasa.
Fokus kepada kelancaran perkhidmatan
Menurut jabatan itu, langkah penjadualan semula dibuat bagi memastikan aspek keselamatan dokumen perjalanan negara serta mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat terus diperkukuhkan.
JIM turut menghargai kerjasama dan sokongan orang ramai sepanjang proses tersebut.
Pengumuman ini hadir ketika ramai rakyat Malaysia sedang membuat persiapan perjalanan sempena cuti sekolah dan musim percutian pertengahan tahun.
