Baru-baru ini, sebuah video seorang remaja lelaki menyanyi di dalam bilik air dengan meniru suara Datuk Siti Nurhaliza tular di media sosial.
Menerusi video tersebut, pengguna Twitter bernama Ashryaff Asry telah merakam suara rakannya yang bernama Rudey yang menyanyi di dalam bilik air.
Ashryaff telah meminta Rudey menyanyi beberapa buah lagu Siti Nurhaliza termasuk lagu raya popular, Sesuci Lebaran.
Rata-rata pengguna media sosial yang mendengar nyanyian Rudiey, bersetuju suaranya mirip penyanyi nombor satu negara.
Ashryaff dan Rudey merupakan pelajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak, Perak.
Menurut Ashryaff, dia dan rakannya itu sering mengadakan ‘konsert’ di dalam bilik air asrama mereka pada waktu petang bagi mengisi masa lapang.
Korang dengar la sendiri. Memang sama sangat suara dengan Datuk Siti.
Sumber: Astro Gempak