Tak kisah dalam bidang pekerjaan apa pun, hanya mereka yang menonjol sahaja akan menjadi kegemaran bos.
Sudah menjadi lumrah, dalam dunia pekerjaan akan ada persaingan. So, sampai bila korang nak jadi pekerja bawahan? Tak teringin ke naik pangkat dan jadi seorang ketua?
Penulis buku ‘Gagal Tapi Sukses!’ iaitu Mohd Rafi Jalaluddin, kongsikan tips dan cara untuk cepat naik pangkat. Sekaligus kita seharusnya mencipta JENAMA agar mudah dikenali.
1. Sentiasa belajar daripada kesilapan
Kesilapan adalah petunjuk bagaimana sesuatu itu boleh dilakukan dengan lebih baik. Jangan jadikan ia bahan menyeksa diri tetapi pelajaran untuk mendidik anda.
2. Anda bertanggungjawab terhadap kemajuan sendiri
Tanggungjawab untuk kenaikan pangkat, gaji dan pembangunan kerjaya adalah tindakan diri sendiri. Usaha dan rancang strategi untuk maju!
3. Di sebalik nama anda ada label kualiti
Ada label yang akan mencerminkan kualiti kita apabila nama kita disebut. Label berkenaan akan menghasilkan dua jenis imej; baik atau buruk.
4. Jangan berdiri di tengah jalan
Orang yang berdiri di tengah jalan akan dilanggar. Jadi
tetapkan standard kualiti diri anda. Jika tidak, anda bakal hanyut dalam kumpulan.
5. Guru ada di mana-mana
Setiap seseorang yang anda temui mempunyai kelebihan, pengetahuan atau kemahiran tersendiri. Maka dapatkannya daripada mereka.
6. Belajar daripada pengalaman orang lain
Dunia ini dipenuhi dengan mereka yang hebat dan mereka yang gagal kerana membuat kesilapan. Belajar daripada kedua-dua mereka untuk elakkan kita dari kegagalan yang sama.