Orang cakap, kalau nak cari pasangan tengok rumah mereka. Bersih ke kotor ke. Kalau kotor, maknanya bukan pembersih la seseorang itu.
Baru-baru ni, ada seorang lelaki kongsikan kisahnya yang membuatkan dia sedar bahawa wajah cantik bukan segala-galanya.
Terlihat wanita cantik yang memang daring
Raya tahun ni saya balik kampung ayah, tapi sebelum balik saya tumpang rumah abang saya di Kuala Lumpur sebab bus balik Terengganu jam 12 malam, saya duduk rumah abang seorang diri sebab semua kawan-kawan abang kerja lagi.
Sedang saya tengok tv saya terdengar jeritan seorang wanita disebelah rumah, rumah jiran abang. Saya meluru keluar dan melihat ada seorang wanita cantik yang memang daring..
“Dik tolong akak, ada ular dalam beg kawan akak”
Saya dengan heronya masuk rumah tanpa fikir apa-apa, walaupun hakikatnya saya takut ular. Lupa sebab wanita cantik depan mata.
Masuk je kerumah dia, saya terbau hapak yang sangat kuat! Yaaaa Allah… kasut2 kotor bergelimpangan..
Saya tak fikir apa2 lagi, terus meluru ke bilik kawan gadis cantik tu, hampir pengasan saya melihat baju2 kotor dan tak kotor berselerak dlm bilik dia, pakaian dalam sana sini tersangkut!
Wajahnya persis Nora Danish, seksi, mekap tebal
“Dik dekat beg tu, ada anak ular, tolong buang”
Wow persis nora danis kawan dia, seksi, lihat dimukanya dia baru selesai make up. Memang tebal, siap berbaju ala hipster…
Nak pergi mana cantik-cantik? Tanya saya
“Nak balik kampung, tu nak guna beg, beg lama tak pakai” Dalam hati aku “patut la ada ular” rumah berserak dan tak kemas langsung! Aku pun ambik beg dia dan zip, takut ular tu keluar, ala ular kecik je..
Masuk je dapur, meja penuh makanan berulat
Aku bawa ke dapur, Ya Allah!!! Dapur diaaaaa.. hampir tersembam aku, minyak serata dapur, kuali dan periuk ada maggie lama yang dah nak kering, meja penuh makanan berulat, dapur ada sambal sardin yg berkulat… Bau dia? Lagi busuk dari bangkai!
“Muka cantik, make up tebal, pakaian hipster tapi PENGOTOR”. Aku dapat bezakan rumah bujang abang aku dengan rumah anak dara sebelah ni, memang jauh beza..
Baru aku sedar kenapa tunang abang aku tak cantik
Terus termenung aku! Skrg baru aku sedar kenapa tunang abg aku tak cantik, tapi tiap kali balik kampung rumah tunang dia memang cantik, bilik air boleh buat tidur.
Tunang abg aku sekampung dgn aku, memang aku tahu dia pembersih. Sebab tu la zaman sekarang tak boleh tengok muka je! Kena selidik dulu perangai dia!
Sumber: Viral Oh Viral