Ramai diantara anda yang sebelum ini memiliki berat badan yang ideal sebelum ini tetapi berubah dengan mendadak apabila berada di alam pekerjaan.
Boleh dikatakan ramai yang bekerja di pejabat melalui perkara yang sama. Tahun demi tahun, mulalah rasa perut tu makin lama makin buncit. Saiz baju pun makin bertambah.
Sebelum berat badan naik mendadak, ketahui 5 punca yang buatkan anda cepat gemuk di pejabat!
1. Makan sebab stres
Kajian oleh CareerBuilder.com mendapati, 37% responden mengatakan stres di tempat kerja punca utama berat badan meningkat sehinggakan anda makan berlebihan.
2. Makan tengahari di luar
Sebanyak 20% responden mengatakan, makan tengahari di luar pejabat turut menambahkan berat badan. Ini kerana ramai yang tidak tahu pengolah makanan dan berapa jumlah kalori makanan tersebut.
3. Melewatkan waktu makan
19% pekerja mengaku mereka kerap melewatkan waktu amakn kerana banyak kerja yang harus diselesaikan. Apabila lapar, anda lebih cenderung untuk makan berlebihan.
4. Menyambut perayaan
Kerja di pejabat memang selalu dapat makan percuma. Ada majlis rakan pejabat dinaikkan pangkat la atau sambutan perayaan. Makanan yang dihidangkan pula memang semuanya sedap-sedap dan berkalori tinggi.
5. Mengunyah gula-gula getah
16% responden mengatakan mereka tidak tahan dengan godaan yang ada di atas meja terutamanya kek, coklat atau jeli. Boleh gantikan dengan snek sihat seperti kacang almond dan buah kering.
6. Snek Dari Kawan Sepejabat
Penyebab lain adalah godaan snek yang dibawa oleh rakan sekerja. 10% responden mengatakan tidak mampu menahan godaan apabila kawan sekerja membawa makanan lazat.