Buletin

“Kerja Syif Punca Utama Kes Perceraian Di Malaysia”

Kerja syif dalam sektor kesihatan awam menyumbang kepada kadar perceraian paling tinggi berbanding sektor pekerjaan awam lain, lapor CUEPACS.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, kerja sehingga tiga syif menyebabkan tahap kepercayaan terhadap pasangan semakin menipis sehingga menjurus kepada perceraian.

“Kalau dulu rasa cinta 100 peratus, lama kelamaan rasa cinta terhadap pasangan semakin berkurang. Statistik yang kita dapat menunjukkan pekerja sektor kesihatan merekodkan kadar perceraian tinggi.

“Sudahlah kena kerja syif, elaun pula tidak dibayar sebaliknya diganti dengan cuti ganti. Buat apa cuti ganti, cuti yang dulunya pun belum ambil,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, kadar statistik perceraian tidak dinyatakan oleh pihaknya.

Sumber: BH Online

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top