Buletin

Lagu Viral Datuk Vida Disamakan Dengan Ayam

Mesti ramai dah dengar lagu viral “I Am Me” nyanyian Datuk Seri Vida. Sambutannya memang luar biasa dan terngiang-ngiang dalam kepala. Siapa sangka seorang usahawan kini bergelar penyanyi.

Namun seperti biasa lirik lagu tersebut menjadi bualan hangat kerana kedengaran seperti ‘ayam’.

“I Am Me ke ayam mi?”. Itu antara persoalan netizen selepas menonton klip video single tersebut yang dilancarkan Jumaat lalu.

Menurut Vida, bunyi ‘ayam’ bagi sebutan “I Am” sengaja dibuat supaya ia berbunyi catchy dan menarik didengar.

“Kita nak sesuatu yang catchy dan menarik bila didengar. I am, I am sampai jadi ayam, ayam, ayam. Kalau ikutkan bukan ayam saja bunyi kucing pun ada ‘miow’,”ujarnya.

Lagu ciptaan Edry Abdul Halim itu juga menerima lebih 1,000 komen. Rata-rata menganggap lagu tersebut menarik dan boleh hilangkan tekanan.

Lebih kelakar ada yang menganggap lagu “I Am Me” ini lebih sedap berbanding lagu “Wanita Terakhir” nyanyian Fattah Amin.

Sumber: Mstar Online

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top