Entertainment

Wanita Hebat Malaysia, Menempah Nama Ke Antarabangsa 

Kalau sebut nama-nama wanita ini pasti anda sudah tahu akan kehebatan mereka menempah nama ke antarabangsa. Wanita-wanita ini bukan sahaja dikenali atas sumbangan mereka dalam bidang seni atau fesyen, tapi juga dalam bidang perniagaan. 

Datin Vivy Yusof 

Siapa yang tak kenal ikon fesyen, Vivy Yusof. Pengasas dua jenama kukuh dalam industri fesyen dan e-perdagangan iaitu Duck Scarves dan Fashion Valet. 

Selain menjadi ikon kepada fesyen, dia juga menjadi idola gadis-gadis muda di Malaysia. Vivy juga telah mencapai begitu banyak anugerah di dalam dan di luar negara. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)

Dia bukan sahaja seorang tokoh fesyen dan perniagaan, tapi beliau juga seorang isteri dan ibu yang penyayang kepada tiga anak comel! 

Neelofa 

Siapa tidak kenal lagi dengan pelakon, pengacara dan juga usahawan terkenal ini Neelofa. Dengan kejayaan yang berterusan, dia juga tersenarai dalam “30 Under 30 Asia”. 

Neelofa berjaya menceburi bidang keusahawan dan telah membina empayar perniagaannya menerusi jenama Naelofar Hijab. Jenama tudung itu juga telah dilaporkan berada dalam landasan antarabangsa yang boleh didapati di 37 negara termasuk Amerika Syarikat. 

Bukan setakat kehebatannya dalam bidang keusahawanan menjadi bualan, malah perkahwinan neelofa juga menjadi perbualan satu Malaysia. Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan tahniah kepada Neelofa dan pasangannya Hariz ataupun PU Riz. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa) 

Dr Amalina Bakri 

Masih ingat lagi dengar Dr. Amalina Bakri? Nama yang pernah menggegarkan negara pada suatu ketika dulu apabila dia dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM 2004 dengan meriah keputusan 17A. 

Dengan kejayaan itu telah membawa beliau ke England untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Kini, difahamkan beliau sedang bekerja sebagai Pakar pembedahan di St Mary’s Hospital, Royal London dan pada masa yang sama melanjutkan pembelajaran di peringkat PhD. 

Selain itu, beliau juga aktif memberikan info terkini mengenai Covid-19 tidak kira di Malaysia ataupun di luar negara melalui akaun Twitter beliau. 

Beliau juga baru menamatkan zaman bujang dengan jejaka inggeris pilihan hatinya di London, United Kingdom pada 31 Mac lalu. 

Yuna 

Seorang penyanyi dan penulis lagu yang tidak asing lagi, Yuna sudah mengharumkan nama negara hingga ke Antarabangsa dan menembusi pasaran Amerika Syarikat! 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Y U N A (@yuna) 

Mengimbau perjalanan hidup beliau yang hanya bermula sebagai seorang penyanyi dan penulis lirik di Myspace, tetapi kini telah menempah nama ke Antarabangsa dan bekerjasama dengan beberapa penyanyi popular seperti Usher, Pharrell Williams dan ramai lagi. 

Penyanyi dan juga isteri kepada Adam Sinclair ini juga pernah menerima Anugerah Ikon Belia Kebangsaan pada tahun 2012 atas pencapaian yang luar biasa dalam bidang seni! 

Hebat bukan wanita Malaysia? Mereka boleh dikategorikan sebagai “Wonder woman” atas kejayaan mereka dalam pelbagai aspek. Sesungguhnya wanita juga boleh menggoncang dunia! 

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top