Buletin

Bantuan Khas Kerajaan PKP 3.0

Sebentar tadi Perdana Menteri Tan Sri Muhiyidin Yassin telah mengumumkan Bantuan Khas Kerajaan sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Antara Bantuan yang diumumkan: 

  • Isi rumah 

Bagi kategori isi rumah berpendapatan di bawah RM2500, mereka akan menerima kadar BPR tambahan sebanyak RM500 dan isi rumah berpendapatan antara RM2501 hingga RM5000, akan menerima kadar sebanyak RM300. 

Bagi golongan bujang pula akan menerima RM100. 

Jelas Perdana Menteri, bayaran tersebut merupakan tambahan sebanyak RM2.4 bilion kepada fasa bayaran terakhir BPR pada bulan september ini. 

  • PEMERKASA 

Selain itu, kerajaan memperkenal PEMERKASA plus sebagai inisiatif baharu untuk bantu rakyat menghadapi cabaran PKP 3.0. 

Kerajaan bersetuju memberikan Geran Khas Prihatin (GPK) sebanyak RM1,500 melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) 

Ia akan membantu kira-kira sejuta perusahaan kecil, dan sederhana (PKS) dan perusahaan mikro dalam memastikan kelangsungan perniagaan dan pengurusan aliran tunai. 

Mereka akan menerima RM1,000 pada pertengahan Jun dan RM500 selebihnya pada Julai. 

Inisiatif lain, diskaun bil elektrik kepada sektor terjejas, potongan cukai khas bagi pengurangan sewa premis perniagaan. 

  • Pemerkasa PLUS 

Pengecualian cukai jualan kereta dilanjutkan dari Julai sehingga Disember tahun ini. Ia membabitkan kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan model di import sepenuhnya (CBU). 

  • Pakej PENJANA 

Kerajaan telah mengumumkan pengecualian duti setem kempen Pemilikan Rumah atau HOC yang sepatutnya berakhir pada Mei ini, namun ia dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021. 

  • Program Subsidi Upah (PSU) 

PSU di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dilanjutkan selama sebulan lagi bagi semua sektor ekonomi yang terkesan sususalan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. 

Kerajaan juga menanggung kos sebanyak RM1.5 bilion dengan had 500 pekerja bagi setiap permohonan. 

Inisiatif tersebut dijangka memberi manfaat kepada 2.5 juta pekerja dengan lebih 200,000 majikan. 

Selain itu, majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad akan diberi pengecualian pembayaran levi selama satu bulan pada bulan Jun 2021. 

Pada masa yang sama, pekerja juga boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui portal pembelajaran e-LATiH secara perrcuma yang melibatkan lebih 400 modul dan kursus kemahiran. 

  • Moratorium 

Kerajaan juga bersetuju untuk memberikan moratorium kepada semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan di bawah bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS). 

Moratorium juga diberikan kepada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Kesemua mereka akan mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama tiga bulan atau mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan. 

Inisiatif ini akan dilaksanakan segera pada bulan Jun yang dijangka memanfaatkan lebih dari 5 juta peminjam dengan nilai sehingga RM30 bilion. 

Industri perbankan akan memberikan maklumat lebih terperinci berhubung perkara ini mulai esok. Para peminjam hanya perlu menghubungi bank masing-masing untuk mendapat manfaat bantuan ini. 

Kerajaan juga melancarkan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi pada minggu ini dengan memperuntukkan RM1 bilion. 

Melalui skim ini, pengusaha bas dan teksi yang layak boleh mendapatkan moratorium pinjaman sehingga 12 bulan dan melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan. 

  • MARA 

Pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan meneruskan program MARA PRIHATIN ‘peace of Mind’ yang dibuka sehingga 31 Julai 2021. Peminjam boleh memohon secara dalam talian untuk membuat penjadualan semula bayaran balik pinjaman pelajaran atau moratorium. 

Bagi usahawan MARA yang terkesan akibat penutupan ekonomi, pemberian diskaun 30 peratus ke atas sewaan premis perniagaan akan diberi untuk bulan Mei sehingga Julai 2021.

PALING POPULAR

To Top