Umum

Pak long terima kunjungan Najib undang kurang senang netizen

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memuat naik di laman sesawang Facebook mengatakan beliau menerima kunjungan mantan Perdana Menteri Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Sri Najib Razak.

Pautan itu menyatakan bahawa kunjungan itu adalah untuk membincangkan tentang cabaran ekonomi dalam dan luar negara termasuk strategi mendepani pandemik COVID-19.

Namun, pautan itu mengundang kurang senang netizen apabila rata-rata mengatakan kunjungan itu bukan untuk membincangkan tentang soal negara tetapi periuk nasi bekas mantan itu yang menghadapi pelbagai hukuman di Mahkamah.

Mereka juga berpendapat bahawa Najib ingin menggunakan khidmat Datuk Seri Ismail Sabri selaku Perdana Menteri Malaysia ketika ini, demi menggugurkan ke semua pertuduhan nya di Mahkamah.

Perkara ini tercetus, apabila Najib mengeluarkan satu kenyataan di laman sesawang nya pada 13 Ogos 2021 dengan mengatakan bahwa beliau percaya beliau tidak bersalah dan ingin membersihkan namanya di Mahkamah.

Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Netizen juga memberi pandangan agar Dato Seri Ismail Sabri tidak mencampuri urusan kluster Mahkamah agar segala kes yang sedang berjalan ini akan diadili dengan saksama dan mengikut Standard Procedure yang telah ditetapkan

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top