Umum

Muhyiddin Yassin masih di hati rakyat

Kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih terpahat di hari rakyat kerana kejayaan beliau menangani pandemik Covid-19. Satu wabak yang tidak pernah dihadapi negara sebelum ini, mahupun dihadapi pemimpin negara masa lalu.

Ketika pembangkang cuba menjatuhkan beliau, rakyat melakukan demonstrasi “Lawan” dan mengeluarkan gelombang #Kerajaangagal. Namun, beliau tetap cuba memperbaiki dan mencari mana kesilapan beliau.

Masih tekenang dengan wajah beliau yang penat, mengorbankan hari-hari tua beliau untuk kesejahteraan rakyat. Pasti anda semua rindu, muka beliau yang terpapar setiap hari menjelaskan situasi Covid-19 di Malaysia juga doa yang dibaca beliau mengharapkan kesejahteraan negara.

“Kenapa masih ada yang mengatakan kepemimpinan beliau gagal?”

Sehinggakan satu Tinjauan yang dijalankan oleh Merdeka Center, menyatakan 67 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ketika itu.

Kajian yang dijalankan di antara 21 Mac dan 12 April 2021 ini adalah untuk mengukur persepsi pengundi terhadap perkembangan masa. Disini juga, menjelaskan bahwa kepemimpinan beliau ketika pandemik ini berjaya dan menyebabkan itu beliau dekat di hati rakyat.

Walaupun beliau tidak dapat bersemuka secara berdepan dengan rakyat disebabkan pandemik, namun dengan apa yang beliau lakukan seperti memberi bantuan, dan mempercepatkan proses mendapatkan vaksin, rakyat dapat merasakan kepribadian beliau yang ikhlas melakukan semua ini demi rakyat sehingga beliau diberi gelaran ‘Abah’.

Gelaran ini membuktikan bahwa Muhyiddin sentiasa di hati rakyat. Walaupun kini, beliau bukan lagi Perdana Menteri Malaysia dan hanya Menteri Pemulihan Negara namun semangat juang beliau membantu rakyat tetap kuat.

Setelah dilantik sebagai pengerusi MPN, beliau tidak berdiam diri terus melakukan tinjaun pada Isnin di tapak pasar Setapak Jaya. Mendekati para peniaga dengan bertanya keberlangsungan hidup mereka ketika pandemik.

Dimana lagi kita boleh dapatkan pemimpin yang kisah pasal rakyatnya, turun padang bertanya khabar? Walaupun beliau diberikan jawatan Menteri tapi tidak meminta apa-apa pun imbuhan, beliau lakukan demi melihat rakyat.

Abah! Kami semua mendoakan abah sentiasa menikmati kesihatan yang baik dan mendapat rahmat Allah SWT untuk terus memimpin dan mentadbir negara pada masa kini juga akan datang. Terima kasih Abah, atas segala usaha Abah yang Abah cuba lakukan demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

PALING POPULAR

To Top