Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini juga menzahirkan penghargaan kepada Majlis Pemulihan Negara di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta barisan Ahli Jemaah Menteri yang telah menerajui negara mengharungi cabaran pandemik Covid-19.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat pertama, Penggal Keempat Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat, hari ini.
Selain itu, Baginda mengingatkan agar sama-sama melipat gandakan usaha untuk memerangi pandemik Covid-19, dan membawa negara serta rakyat keluar dari ancaman pandemik ini.
Tambahan Baginda “Beta ingin menasihatkan kepada semua pihak untuk mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan”
“Justeru, Beta menyambut baik keterbukaan kerajaan dengan memberi peluang kepada pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen untuk melibatkan diri dalam tadbir urus negara”.
Baginda juga menghargai segala usaha berterusan kerajaan dalam melaksanakan pelbagai strategi bagi menangani pandemik Covid-19 serta impaknya terhadap aspek ekonomi, sosial dan kesejahteraan.
“Negara kita adalah antara negara dengan vaksinasi terpantas di dunia” – kata Baginda.
Kejayaan tersebut merupakan hasil daripada kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan Program Imunisasi Industri Covid-19 kerjasama awam-swasta.
Baginda juga berkata “Beta menyeru supaya kita jangan cepat terleka dan berpuas hati. Usaha hendaklah diteruskan bagi mengekang penularan jankitan terutamanya dengan kemunculan pelbagai varian baharu”
Baginda juga menekankan strategi “Whole of Society Effort” yang perlu dipergiatkan dengan naratif komunikasi yang berkesan juga memperkasa “Agenda Nasional Malaysia Sihat”.
Selain itu penghargaan kepada ahli parlimen yang telah melaksanakan pelbagai pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat yang bernilai 530 Billion ringgit.
“Beta menyambut baik komitmen kerajaan dalam memacu pertumbuhan prestasi ekonomi negara agar lebih lestari, mapan dan berdaya saing, khususnya dalam pengukuhan sektor perdagangan dan pelaburan”
Baginda juga mengatakan ini adalah jelas memberi imej yang sangat positif bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang amat kompetitif.
Untuk separuh tahun kedua 2021 juga, kerajaan telah memberi bantuan tunai kepada 10 juta penerima dari golongan B-40 dan M-40, termasuk Bantuan Khas Covid-19 (BKS) yang bernilai 10 billion ringgit.
Selain itu, geran khas prihatin bernilai RM 1,000 dibayar kepada lebih 1 juta perusahan kecil sederhana mikro.
Dengan kejayaan yang Malaysia ada pada hari ini membuktikan bahawa kepimpinan Tan Sri Muhyiddin selama beliau menjadi Perdana Menteri tidak gagal.
Kerajaan PN telah memberi fokus kepada usaha memulihkan negara daripada wabak itu hingga kesannya dapat dilihat ketika ini