Sebanyak lima daerah di negeri ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi, hari ini.
Antara daerah-daerah yang tebabit ialah Kota Kinabalu, Penampang, Sipitang, Kota Belud dan Beaufort.

Katanya, seramai 22 mangsa daripada sembilan keluarga ditempatkan di PPS Dewan Muhibah Kampung Tombol, Kota Belud.
“Manakala 18 penduduk terjejas banjir membabitkan enam keluarga di Sipitang kini dipindahkan ke PPS Dewan Mini Mesapol. Daerah lain belum terdapat sebarang pemindahan mangsa setakat ini.
“Bagaimanapun, kita sentiasa bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan banjir di kawasan lain ekoran cuaca yang tidak menentu ketika ini,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Dunstan Peter berkata, kejadian tanah runtuh berulang sekali lagi di Apartmen Country Heights hari ini.
“Pasukan bomba juga mengarahkan pihak pengurusan untuk melantik kontraktor bagi mengalihkan tanah runtuh selain membuat laluan air sementara bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku.
“Tiada mangsa atau keadaan yang membahayakan terjadi dalam kejadian tanah runtuh berkenaan,” katanya.