Buletin

3% lagi sebelum kebenaran merentas negeri diberikan

Kerajaan menjangkakan kebenaran untuk rentas negeri akan diberikan tidak lama lagi.

Ia berdasarkan statistik penerimaan vaksin semalam sahaja, seramai 20.41 juta individu atau 87.2 peratus daripada populasi dewasa negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata “kita sudah pun melangkah ke bulan Oktober, dan sudah tiada negeri berada di Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan majoriti negeri berada di Fasa 2 dan 3. Manakala W.P Labuan dan Negeri Sembilan sudah pun berada di Fasa ke-4”.

“Kita juga sudah semakin menghampiri 90 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi” ujarnya lagi.

Sepertimana yang dinyatakan bahawa kerajaan akan memberi kelonggaran rentas daerah dan negeri selepas kadar vaksinasi dewasa mencapai 90 peratus.

Tambahannya lagi, “Berkat usaha dan perancangan yang cekap oleh Kerajaan bermula Mei lepas termasuk arahan meningkatkan kadar vaksinasi secara agresif selain mempertingkatkan kapasiti sistem kesihatan awam, bilangan kes positif telah menunjukkan penurunan yang memberangsangkan.

Namun, suka saya ingatkan, kita masih perlu sentiasa mengambil langkah berwaspada memandangkan virus COVID-19 ini telah pun berada di dalam komuniti. Transisi dari tahap pandemik ke endemik bukan sahaja harus dilakukan dengan yakin dan berani tetapi juga perlu teratur dan penuh sistematik.”

Beliau juga memperingatkan supaya rakyat Malaysia dapat mengambil iktibar dan langkah yang proaktif dalam melakukan penilaian risiko kendiri juga mengambil langkah-langkah berjaya dalam mengawal risiko penularan virus ini.

Selain itu, beliau berharap dengan kelonggaran yang diberikan ini dapat mengembalikan sektor ekonomi dan sosial yang sudah dibuka dalam satu hantaran di Facebooknya.

PICK yang berlangsung pada 24 Februari 2021 ini adalah satu berkat usaha dan perancangan yang cekap oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam meningkatkan kadar vaksinasi secara agresif selain mempertingkatkan kapasitas sistem kesihatan awam.

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top