Entertainment

‘Pengikut sejuta, lakonan macam tiang lampu’

Apakah relevan jumlah pengikut dengan bakat lakonan yang dimiliki seseorang pelakon? Adakah jutaan pengikut mampu menjanjikan jumlah tontonan tinggi?

Persoalan ini kembali menjadi bualan hangat apabila timbul isu saluran televisyen (TV) penstriman meletakkan syarat bagi watak utama mempunyai sejuta pengikut di laman Instagram (IG).

Syarat sejuta pengikut turut menarik perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Tan Sri Annuar Musa. Menerusi ciapan di laman Twitter, beliau menegur peluang harus diberikan sama rata kepada pelakon baharu yang mempunyai jutaan pengikut mahupun pelakon berbakat tanpa pengikut yang ramai.

Nyata, warga penggiat seni dan pemimpin persatuan menyambut baik saranan Annuar, malah mengharapkan industri kreatif memberi satu platform yang sama rata bagi semua pelakon.

Ramai pelakon senior beranggapan, populariti bukan penentu, justeru jumlah sejuta pengikut dalam laman sosial tidak boleh dijadikan satu kelebihan kepada seseorang individu.

Malah, percaya bakat atau kualiti yang ada pada seseorang pelakon lebih diutamakan.

Pelakon dan pengarah berpengalaman, Nam Ron mempertahankan pendapat, tidak bersetuju dengan keputusan stesen TV penstriman yang mahukan pelakon dengan mempunyai jutaan pengikut dalam media sosial.

Nam Ron berkata, sekiranya corak sedemikian diamalkan berterusan, ia boleh merosakkan industri kreatif pada masa hadapan.

“Saya tidak setuju jika kita memerlukan sejuta pengikut untuk menjadi pelakon. Impaknya, tidak elok untuk industri kreatif pada masa hadapan.

“Kita boleh menjadikan drama dan filem luar sebagai rujukan. Drama bersiri Korea, Squid Game dan Money Heist yang kini mencetuskan fenomena dunia tidak menggunakan pelakon popular.

“Boleh dilihat drama Money Heist, tiada pelakon terkenal, tetapi selepas episod pertama ditayangkan, kehidupan pelakon berubah 360 darjah. Secara tiba-tiba mereka menjadi fenomena.

“Begitu juga drama Squid Game yang kini hangat diperkatakan, mereka menggunakan pelakon yang mempunyai karakter seperti orang tua. Persoalannya, kenapa drama ini masih mendapat sambutan, bukan sahaja di Korea, malah diperkatakan peminat di seluruh dunia,” katanya kepada BH Online.

Justeru, Nam Ron atau nama sebenarnya Shahili Abdan, 52, menegaskan, Malaysia boleh mencontohi dengan menyediakan karya berkualiti, dari segi persembahan lakonan, skrip, pengarahan dan sebagainya.

“Apabila semua ini dirangkumkan dalam satu pakej, barulah karya boleh dijual. Saya percaya, apabila terapkan kualiti, bukannya keuntungan dalam jangka masa pendek semata-mata, ia akan memberi manfaat bukan sahaja kepada syarikat penerbitan, malah negara,” katanya.

Terdahulu, pengarah filem One Two Jaga yang sudah menggenggam lima anugerah berprestij antaranya, Pelakon Lelaki Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-29 mengejutkan peminat apabila menayang badan demi meraih sejuta pengikut dalam IG.

Nam Ron dipercayai memuat naik gambar berkenaan sebagai sindiran sinikal terhadap ‘trend’ stesen TV penstriman yang memilih pelakon berdasarkan jumlah pengikut media sosial berbanding bakat lakonan.

Pelakon senior, Didie Alias berpendapat, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan persatuan seni lain perlu bersuara untuk menangani isu syarat tidak adil ini.

Baginya, isu jumlah pengikut dalam laman sosial adalah satu perkara serius yang memerlukan jalan penyelesaian segera.

“Bagi pelakon lama, mungkin jumlah pengikut bukan perkara besar kerana kekuatan dari segi bakat. Jadi, kalau pengikut tidak sampai sejuta, siapa yang mahu menjayakan watak ibu, kakak atau nenek?

“Takkan mahu ambil pelakon remaja yang ada sejuta pengikut jadi ibu? Justeru, apa hak stesen TV sekarang yang meletakkan syarat sejuta pengikut untuk berlakon?

“Mana mereka dapat syarat dan peraturan seperti ini? Jadi, kenapa FINAS, SENIMAN dan persatuan lain tidak bersuara soal ini? Ini adalah syarat tidak adil kerana kami lahir dari bakat, bukannya jumlah pengikut media sosial.

“FINAS dan SENIMAN adalah tunggak kami, jika bukan mereka, siapa akan berjuang untuk kami? Apa guna memegang jawatan jika tidak boleh mempertahankan hak artis,” katanya.

Oleh sebab itu, pelakon Takdir Yang Tertulis itu berharap, FINAS dan persatuan seni dapat menyuarakan kepada pihak stesen TV untuk mengutamakan bakat berbanding populariti.

Tambah Didie, dia tidak berniat menidakkan kehadiran pelakon baharu, namun mahu bakat generasi baharu ini kekal relevan kerana bakat, bukannya jumlah pengikut dalam media sosial.

“Jika jumlah pengikut berjuta pun, tetapi tiada guna masuk lokasi penggambaran lakonan macam kayu atau tiang lampu.

“Sebagai contoh, saya membintangi drama bersiri, Cukup Derita Itu siaran TV3 yang mencetuskan fenomena, baru-baru ini. Penonton tidak bercakap mengenai watak utama, sebaliknya watak saya bersama Jasmin Hamid dan Mubarak Majid.

“Namun, kami bukanlah pelakon yang mempunyai pengikut sejuta dalam media sosial. Jadi, saya sangat tidak bersetuju sekiranya stesen TV mengutamakan jumlah pengikut kerana ia tidak adil untuk pelakon senior seperti kami,” katanya.

Tambah Ayu, jumlah pengikut dalam media sosial tidak menggambarkan kualiti lakonan seseorang pelakon. Kerana, sekarang ramai yang boleh membeli pengikut, sekali gus menampakkan jumlah pengikut ramai.

“Anda perlu ingat, artis sekarang cerdik, mereka boleh beli pengikut. Tetapi, jangan lupa penerbit tidak bodoh dan mudah ditipu. Biarpun jumlah pengikutnya tinggi, ada kala jumlah tanda ‘like’ dan ‘view’ tidak menggambarkan jumlah pengikut.

“Dari situ, kita boleh tahu pengikutnya tidak asli. Jadi jumlah ‘like’ dan ‘view’ perlulah sekurang-kurangnya meraih 40 peratus daripada jumlah pengikutnya, baru masuk akal.

“Contohnya, artis perempuan yang cantik dan seksi, pengikutnya mungkin terdiri daripada lelaki. Sama juga artis lelaki yang kacak, ramai peminat perempuan minat kerana rupa.

“Jadi, jika saya mahu mengambil seseorang artis, saya memastikan mereka benar-benar boleh berlakon. Walaupun mempunyai jumlah pengikut ramai, belum tentu boleh menjamin karya mendapat rating tinggi,” katanya.

Oleh itu, kata Ayu, jumlah pengikut seseorang artis wajar dipertimbangkan. Sebagai penerbit, dia kurang setuju untuk mengambil seseorang artis hanya berpandukan jumlah pengikut dalam media sosial.

“Sebab sekarang boleh beli pengikut, sekejap sahaja boleh meraih jutaan pengikut, jadi saya tidak peduli dengan jumlah pengikut.

“Saya faham kalau pengikut tinggi ia mudah bagi stesen TV mahu mempromosikan karya, namun kena kaji sama ada pengikutnya asli atau tidak, adakah beli pengikut?,” katanya.

Sumber: Berita Harian

PALING POPULAR

To Top