Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Negeri Ke-12 Sarawak diadakan pada 18 Disember depan.
Sebuhung itu, penamaan calon akan diadakan pada 6 Disember dan pengundian awal pula pada 14 Disember.
Perkara itu, telah diumumkan oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh mengumumkan tarikh penting PRN-12 itu dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di sini, hari ini.
Dalam sidang media itu, Abdul Ghani berkata, seramai 1,252,014 orang pengundi di negeri itu layak mengundi dalam PRN-12 dan mereka terdiri daripada 1,228,858 pengundi biasa, 12,585 anggota tentera dan pasangan, 10,458 anggota polis dan pasangan serta 113 pengundi tidak hadir luar negara.
“Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 1,951 dengan 3,666 tempat mengundi/saluran. PRU DUN Sarawak Ke-12 ini dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM150 juta,” katanya.
Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir pada 6 Jun lalu berikutan perisytiharan darurat di seluruh negara ketika itu.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 11 Januari sehingga 1 Ogos, bagi mengekang penularan COVID-19.