Buletin

Muhyiddin Yassin berjumpa warga pendidik di Kota Tinggi, Johor untuk menyelesaikan isu pembelajaran ketika berdepan Covid-19

Mengimbau kembali pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia sekitar dua tahun lalu, walaupun belum pulih seperti sedia kala namun dengan adanya kecepatan tindakan kerajaan Perikatan Nasional memberi vaksin ia dapat mencegah dari meragut lebih banyak nyawa.

Ia adalah salah satu tindakan pantas kerajaan Perikatan Nasional ialah menempah bekalan vaksin dan melancarkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang menyaksikan hampir 98 peratus warga dewasa sudah menerima vaksin setakat ini.

Begitulah kehidupan rakyat Malaysia sehingga hari ini apabila mereka terpaksa terus hidup dalam virus Covid-19.

Pencapaian terbaik Perikatan Nasional ini juga mendapat pujian dari negara luar apabila, langkah ini ternyata berjaya memulihkan kehidupan rakyat dan merancakkan kembali pelbagai sektor kehidupan terutama sektor ekonomi dan sosial negara.

Hari ini, Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Perikatan Nasional (PN) telah berjumpa drngan kira-kira 300 orang warga pendidik yang terdiri daripada pengetua dan guru besar serta pimpinan Persatuan Ibu Bapa Guru  dalam Majlis Dialog Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Bersama Warga Pendidik di Kota Tinggi.

Dalam majlis itu, beliau mendengar pandangan dan cadangan yang dibangkitkan oleh warga pendidik selain menjawab soalan-soalan dikemukakan mereka.

Antara isu yang dibangkitkan ialah keupayaan kerajaan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian di sekolah, cabaran guru dalam era pandemik dan vaksinasi dalam kalangan murid dan ibu bapa.

Beberapa pengetua dan guru besar membangkitkan sikap segelintir ibu bapa yang masih enggan membenarkan anak-anak mereka divaksinasi.

Keadaan ini sudah tentunya mengundang risiko jangkitan bukan hanya kepada murid atau pelajar yang enggan divaksin tetapi juga kepada guru dan murid yang telah lengkap menerima dua dos dan dos penggalak.

Sehubungan itu mereka meminta agar kerajaan mewajibkan pengambilan vaksin kepada pelajar bagi menyelesaikan masalah ini.

Muhyiddin menjelaskan selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, beliau perlu mengambil maklum semua perkara yang dibangkitkan.

Ujarnya “Saya menjelaskan kerajaan setakat ini tidak mewajibkan pengambilan vaksin dan isu ini boleh ditangani dengan cara memperbanyakkan sesi penerangan secara saintifik dan menggunakan data Kementerian Kesihatan Malaysia,”

“Saya yakin dan percaya pengalaman mengajar dalam era pandemik Covid-19 menjadikan golongan guru dan pendidik di negara ini sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran baharu dalam bidang pendidikan pada masa akan datang”.

PALING POPULAR

To Top