Ribuan penduduk di Jepun bergelap gara-gara terputus bekalan elektrik berikutan gempa bumi kuat yang melanda pantai timur laut negara itu pada Rabu.
Syarikat Elektrik Tohoku berkata, bekalan elektrik dijangka akan pulih pada Khamis namun tidak menolak kemungkinan akan berlaku kelewatan di beberapa kawasan.
Dua orang telah disahkan terkorban susulan gempa berukuran 7.3 magnitud itu yang melanda negara berkenaan, memetik laporan agensi berita NHK.
Pihak berkuasa juga telah membatalkan amaran tsunami yang dikeluarkan sebelum ini.
Beberapa kilang yang terjejas kini juga sedang mengenal pasti kerosakan disebabkan gempa berkenaan yang melanda lewat malam Rabu pada kedalaman 60 kilometer di bawah paras laut.